Skim Khairat Kematian (SKK)
Terakhir dikemas kini pada
26/12/2023
- Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa
- Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
- Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Meninggal dunia pada tahun 2024
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda