Pengumuman Terkini
Pilih bantuan-bantuan yang ingin diketahui berdasarkan kategori berikut
Kategori Manfaat
Individu dan Keluarga
Perniagaan & Majikan
Informasi Atas Talian
untuk memanfaatkan bantuan yang disediakan
Rencana
Lebih Banyak Rencana

15 Okt, 2023
Berita Gembira Buat Penggiat Seni dan Industri Kreatif Negara
Berita baik untuk penggiat industri kreatif negara! Cakna dengan keperluan penggiat tempatan, Belanjawan MADANI 2024 yang diumumkan YAB Menteri Kewangan tampil dengan pelbagai inisiatif menyokong memperkasa dan merancak penghasilan karya oleh penggiat industri kreatif negara.Ujar beliau, “Bakat-bakat kreatif tempatan akan terus disokong bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak karya seni di Malaysia. Kerajaan menyediakan 160 juta ringgit untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni.”Antara inisiatif yang dibiaya dan akan dilaksanakan adalah meliputi penyediaan dana seperti:Dana Kandungan Digital bagi mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan (RM60 juta);Inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) bagi menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa (90 juta); danDana Padanan MyCreative bagi menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif (RM10 juta).Sementara itu, langkah yang tentunya ditunggu-tunggu dan menggembirakan bagi penggiat industri turut mendapat perhatian Kerajaan. YAB Menteri Kewangan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu seperti berikut:Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan;Pengurangan kepada 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator; danPengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.Dalam hubungan penurunan duti hiburan, YAB Menteri Kewangan turut mencadangkan supaya langkah yang sama dituruti Kerajaan Negeri. “Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyeru Kerajaan Negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat- bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.”Selaras langkah untuk meletakkan negara di persada industri perfileman dunia melalui penggalakkan masuk produksi filem asing ke Malaysia dan seterusnya menyaingi tawaran insentif negara lain, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.Sumbangan tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan turut tidak dilupakan. Sebagai usaha mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan.Adalah diharapkan melalui inisiatif yang telah dirangka ini, industri kreatif negara akan lebih rancak menuju ke mercu yang lebih tinggi. Ketahui dengan lebih lanjut pelbagai inisiatif lain berkaitan industri kreatif di bawah Belanjawan MADANI 2024 dengan melayari Portal Manfaat.

14 Okt, 2023
Suntikan Belanjawan 2024 Bakal Rancakkan Industri Pelancongan
Belanjawan MADANI 2024 menyaksikan Kerajaan memberikan fokus sewajarnya dalam mencergas semula aktiviti dan memperkasa potensi industri pelancongan, selaras dengan kepentingan industri ini dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, menyedia peluang pekerjaan dan menjana pendapatan negara.Perkara tersebut disentuh YAB Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023. YAB Menteri Kewangan berkata bahawa bagi merancakkan lagi promosi dan aktiviti pelancongan negara, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM350 juta agar negara kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia. Peruntukan ini antara lainnya bertujuan membiayai:Penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026;Kerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara;Bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya;Geran padanan penerbangan carter dalam meningkatkan kemudah sampaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia; danDana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia. Bagi memastikan pelancongan negara kekal lestari, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan, bangunan dan tapak warisan tumpuan pelancong akan terus diberikan perhatian sewajarnya termasuk dalam aspek keindahan, keselamatan dan kebersihan. Maka, peruntukan sebanyak RM120 juta turut disediakan bagi tujuan berikut: Menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri;Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO antaranya di Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak; danMengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya melalui program oleh Think City. Kerajaan juga komited untuk menaiktaraf lapangan terbang sedia ada bagi meningkatkan keupayaan operasi bagi memenuhi peningkatan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong. Sejumlah RM47 juta akan disediakan bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada.Kemasukan pelancong asing akan turut dipermudahkan lagi. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan menambah baik kemudahan Visa-On-Arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur terutamanya dari negara India dan China selain melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home (MM2H).Bagi memastikan rangka kerja rapi dan perancangan awal dapat dilaksanakan,YAB Menteri Kewangan turut mengumumkan tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan menyasarkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak 97.6 bilion ringgit.Ketahui dengan lebih lanjut pelbagai inisiatif lain berkaitan industri pelancongan di bawah Belanjawan MADANI 2024 dengan melayari Portal Manfaat.

13 Okt, 2023
Portal Manfaat Kini Tampil Berwajah Baharu
Alami pengalaman baharu dengan Portal Manfaat 2024 yang telah diperbaharui dengan keupayaan dan kemudahan yang ditambah baik, direka untuk meningkatkan pengalaman penggunaan anda dalam mengetahui bantuan, sokongan dan inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2024. Apakah itu Portal Manfaat? Portal ini merupakan laman sesawang sehenti, bertujuan untuk memudahkan Rakyat mengakses informasi terkini berkaitan skim bantuan, sokongan dan inisiatif merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi, khususnya di bawah belanjawan negara secara tepat, terangkum, telus dan dipercayai. Seiring dengan pendekatan keseluruhan Kerajaan dan ‘tiada pintu salah’ dalam penyaluran maklumat berkaitan bantuan Kerajaan, Rakyat kini berupaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hampir 200 bantuan oleh lebih daripada 90 Agensi Pelaksana yang diumumkan dalam Belanjawan tahunan Kerajaan melalui Portal ini. Portal ini kini merupakan salah satu wadah pilihan Rakyat untuk mendapatkan maklumat tentang bantuan Kerajaan di mana bagi tahun 2023, setakat Oktober, seramai 4.7 juta pengunjung telah memanfaatkan Portal ini bagi mendapatkan maklumat tentang bantuan, sokongan dan inisiatif yang diperlukan, dengan purata pengunjung sehari seramai lebih 15 ribu orang. Bagaimana Portal Manfaat Membantu Anda? Portal ini boleh membantu anda untuk mengetahui tentang pelbagai bantuan, sokongan dan inisiatif Kerajaan yang diingini termasuk cara untuk memohon dengan mudah, pada bila-bila masa, secara percuma melalui beberapa cara: Fungsi Pelancar Carian akan memadankan anda dengan bantuan, sokongan dan inisiatif yang bersesuaian mengikut profil dan keperluan anda. Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah bagi mendapatkan hasil padanan yang lebih bersasar. Klik butang ‘Mula Di Sini’ untuk memulakan Pelancar Carian. Sekiranya anda mengetahui bantuan dan sokongan yang diingini, anda boleh menggunakan fungsi carian yang terletak di penghujung kanan atas Portal untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bantuan dan sokongan tersebut. Sebagai contoh, taip masuk kata kunci ‘STR’ di fungsi carian tersebut sekiranya anda ingin mengetahui mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dengan lebih lanjut. Anda juga boleh menyemak seimbas bantuan mengikut kategori keperluan anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih keperluan untuk dapatkan bantuan Kewangan dan Sara Hidup atau bantuan Kewangan dan Pembiayaan sekiranya anda adalah peniaga. Senarai bantuan, sokongan dan inisiatif yang bersesuaian mengikut keperluan yang dipilih akan tertera untuk rujukan. Di samping itu, maklumat inisiatif Belanjawan 2023 masih boleh diakses menggunakan penapis carian di Portal Manfaat. Perkhidmatan sokongan juga ada disediakan bagi memudahkan Rakyat untuk berkomunikasi dan memberi maklum balas berkaitan bantuan melalui empat (4) kaedah iaitu: Menghubungi pusat panggilan Manfaat yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat kecuali pada hari pelepasan am); Bersemuka dengan Pegawai Penghubung Manfaat di enam (6) UTC terpilih, iaitu di UTC Kuala Lumpur, UTC Johor Bahru, UTC Sungai Petani, UTC Kuala Terengganu; UTC Kota Kinabalu dan UTC Kuching; Mengikuti perkembangan media sosial Manfaat di laman Facebook dan Instagram; atau Mengisi borang maklum balas di Portal Mafaat. Di samping itu, para pengunjung Portal Manfaat juga disajikan dengan pelbagai jenis video dan infografik informatif sebagai santapan ilmu untuk memudahkan pemahaman rakyat tentang pelbagai bantuan, sokongan dan inisiatif Kerajaan. Selain itu, Portal Manfaat juga dijadikan sebagai medan untuk menyalurkan maklumat tambahan kepada rakyat melalui penulisan rencana yang mudah difahami, sesuai dengan cita rasa rakyat. Manfaatkan Portal Ini Secara Bersama Portal ini juga boleh dimanfaatkan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan komuniti seperti NGO, ketua komuniti, persatuan, pertubuhan dan sebagainya bagi membantu komuniti sasaran masing-masing untuk mendapatkan maklumat berkaitan bantuan dan sokongan yang bersesuaian untuk dimanfaatkan. Mulakan Pencarian Anda Alami nafas baharu Portal Manfaat sekarang untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, cepat dan efektif.
Video
Lebih Banyak Video
Infografik
Lebih Banyak Infografik