Pembiayaan Ekosistem Payung
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Skim pembiayaan bagi PMKS Bumiputera termasuk syarikat pemula ("start-up") untuk memulakan perniagaan baharu atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani GIG
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Madani GIG merupakan sebuah kemudahan pembiayaan untuk usahawan gig melalui platform digital bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025.
Ciri-ciriButiran
Tujuan pinjaman
  • Modal kerja
  • Pembelian Aset
  • Pengubahsuaian
Tempoh pinjaman
  • 1 hingga 3 tahun
Jumlah pinjaman
  • Minima: RM2,000
  • Maksimum: RM20,000
Kadar tetap
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BSN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • SME Technology Transformation Fund (STTF) adalah program pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam semua sektor ekonomi untuk penggunaan digital dan/ atau mengaplikasi IR4.0 dalam operasi perniagaan mereka bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.

  • Tujuan pembiayaan adalah bagi pembelian peralatan dan/ atau mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkihidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktivit.

Perkara 

Penerangan 

Sektor pembiayaan
  • Perkhidmatan
  • Perkilangan
Kadar pembiayaan
  • 4.0% setahun  (termasuk yuran jaminan)
Had pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
Margin pembiayaan
  • Sehingga 80% daripada kos pemilikan 
Tempoh pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi SME Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembiayaan HalalBiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim pembiayaan Program HalalBiz ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk pembelian aset dan/ atau modal kerja (termasuk kos perbelanjaan pensijilan Halal) bagi menggalakkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekosistem industri Halal di Malaysia

PerkaraPenerangan
Jumlah Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM1.0 juta
Tempoh
  • Pembelian Aset : 7 tahun
  • Modal Kerja : 5 tahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80% (baharu), dan sehingga 70% (terpakai/diperbaharui/ penyesuaian semula) untuk mesin/ peralatan
  • Sehingga 90% untuk pengubahsuaian kilang
  • Sehingga 100% untuk keperluan modal kerja
Kadar Keuntungan
  • 6.0% Setahun (selepas subsidi 1%)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Pembangunan Pemasaran (MDG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) merupakan sebuah inisiatif sokongan dalam bentuk geran yang boleh dibayar balik yang dilaksanakan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) di bawah Belanjawan 2025. 
  • MDG telah diperkenalkan pada tahun 2002 dengan objektif untuk membantu pengeksport dalam usaha mereka mempromosikan produk atau perkhidmatan buatan Malaysia di peringkat global. 
  • Had seumur hidup MDG ialah RM300,000 dan ia dirumus khusus untuk Syarikat PKS Malaysia, Penyedia Perkhidmatan Profesional, Persatuan Perdagangan dan Industri, Dewan Perniagaan, Badan Profesional dan Koperasi.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tabung Khas Pelancongan (TKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah skim pembiayaan kewangan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan  untuk menyokong usaha kerajaan membangunkan industri pelancongan bagi tujuan pembelian aset dan keperluan modal kerja.

Perkara Penerangan 
Had Pembiayaan
  • Minimum: RM50,000.00
  • Maksimum: RM5.0 juta
Kadar Keuntungan
  •  4.0% sehingga 5.5% setahun 
Margin Pembiayaan
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM5.0 juta
Jaminan
  • Pembelian Aset: Sehingga 90%
  • Modal Kerja: Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan

Pembelian Aset:

  • Minimum: 3 tahun 
  • Maksimum: 10 tahun 
  • Tempoh penangguhan: 2 tahun (maksimum)

 

Modal Kerja: 

  • Minimum: 2 tahun 
  • Maksimum: 5 tahun 
  • Tempoh penangguhan: 1 tahun (maksimum)
  • Cagaran:

    i. Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.

    ii. Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan

 

  • Takaful:

    i. Takaful Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport (SIP2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport di bawah Belanjawan 2025 untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan para usahawan/ pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa. 

  • Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang  

  • Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:  

Perkara 

Keterangan 

Tempoh Permohonan
  • 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga dana habis digunakan, mana yang terdahulu 
Sektor Sasaran
  • Terbuka kepada semua sektor dan industri seperti termaktub dalam mandat EXIM Bank.
Kemudahan yang ditawarkan
  • Semua produk pembiayaan yang ditawarkan EXIM Bank tidak termasuk Pembiayaan Semula Eksport Kredit ("ECR") dan Perlindungan Kredit Perdagangan.

Tempoh Pembiayaan 

 

  • Sehingga 7 tahun  

Jumlah Pembiayaan 

 

  • Sehingga RM20 juta setiap syarikat
  • Sehingga RM50 juta untuk setiap kumpulan syarikat/ syarikat-syarikat berpemilik/pengarah yang sama

Kadar insentif SIP2

 

  • 1% setahun  
Cagaran/ jaminan
  • Jaminan pembiayaan daripada Credit Guarantee Corporation ("CGC")/ lain-lain penyedia jaminan pembiayaan (tidak termasuk syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad ("SJPP"))
  • Jaminan yang diterima oleh bank
  • Jaminan peribadi/ jaminan bersama dan berasingan/ jaminan korporat

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau (SGBF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian Dan Hijau (SGBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi pemain industri tempatan bertujuan untuk menggalakkan penerapan teknologi hijau dan kecekapan tenaga dalam kalangan pemain industri tempatan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM100,000 ~ RM10,000,00 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 25 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 2.0% setahun untuk rehat bulanan
  • Bukan PKS: 5.0% setahun untuk rehat bulanan

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Belia
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • MADANI Belia ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)

  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-CiriPenerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Skop Pembiayaan
  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Skim pembiayaan ini adalah khusus untuk masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraPenerangan

Jumlah Pinjaman :  

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

RM10,000 – RM100,000

Tempoh Bayaran Balik :

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun

Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda