Pas Bulanan My50
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.

    i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

    ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

    iii. Kuantan :  Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasana Malaysia Berhad

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
FLYsiswa
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025

  • Inisiatif FLYsiswa menyediakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta pelajar Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
  • Subsidi ini meliputi laluan penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SPS Padanan Caruman
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • SPS Padanan Caruman adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS). 

 

  • Skim ini membolehkan OBS mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).

 

  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad PERKESO. 

 

  • Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan 90%

Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%)

Perlindungan

Pelan 2 

(RM232.80) 

RM209.50

RM23.30

12 bulan (setahun)
  • Kumpulan sasaran:
    • SPS Agro 2.0 (Industri asas tani, perhutanan, perladangan)
    • SPS Asal 3.0 (Orang Asli Semenanjung dan Sabah / Sarawak) 
    • SPS Didik 2.0 (Pendidikan) 
    • SPS Gig 4.0 (Penyedia platform digital) 
    • SPS Jaja 3.0 (Sektor penjaja & makanan) 
    • SPS Joran 2.0 (Sektor perikanan) 
    • SPS Lain Upaya 3.0 (Individu kurang upaya dalam pekerjaan sendiri) 
    • SPS Seni 3.0 (Sektor kesenian) 
    • SPS Servis 2.0 (Perkhidmatan) 
    • SPS Sukan 2.0 (Semua sukan termasuk sukan tradisional & moden)
    • SPS Usahawanita 3.0 (Wanita dalam pekerjaan sendiri)

 

  • Faedah & Manfaat SKSPS:
    • Faedah Perubatan 
    • Faedah Hilang Upaya Sementara 
    • Faedah Hilang Upaya Kekal 
    • Faedah Orang Tanggungan 
    • Elaun Layanan Sentiasa 
    • Faedah Pengurusan Mayat 
    • Kemudahan Pemulihan Jasmani & Vokasional 
    • Faedah Pinjaman Pendidikan

 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi PERKESO

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 

 

  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.

 

  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 

 

Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh LHDNM untuk membantu golongan yang terkesan dengan memenuhi keperluan barangan asas.
  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar
  • Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

Kategori Penerima

Jumlah Kelayakan SARA 2025

Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan

Januari - Mac 2025 

April - Disember 2025

Isi Rumah (STR & eKasih)

RM2,100

RM100

RM200

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)

RM1,650

RM100

RM150

Bujang (STR & eKasih)

RM600

RM50

RM50

Isi Rumah (STR Sahaja)

RM900

-

RM100

Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja)

RM450

-

RM50

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDN atau portal rasmi MyKasih

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Laut adalah sebuah  bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak

 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 16/01/2025

  • Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam (mySalam) adalah satu inisiatif kerajaan yang disediakan oleh syarikat Great Eastern Takaful di bawah Belanjawan 2025 bagi individu yang layak bertujuan untuk memberi skim perlindungan kesihatan sosial bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

    i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun 

    Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini

    ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur: 

    i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan 

    ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun

    iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun 

     

  • 45 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:

    i. Kanser

    ii. Keadaan berkaitan Jantung

    iii. Otak, Saraf dan Otot

    iv. Mata, Telinga dan Pertuturan

    v. Keadaan berkaitan Hati

    vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang

    vii. Keadaan berkaitan HIV

    viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal

    ix. Penyakit Terminal (membawa maut)

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Khairat Kematian (SKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim bantuan kewangan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan 2025. 
  • Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah sebanyak RM1,000 

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDNM 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025

  • Program i-Suri ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
  • i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
  • Caruman i-Suri akan diagihkan ke Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Saraan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025

  • i-Saraan ialah skim KWSP di bawah Belanjawan 2025 yang membolehkan individu bekerja sendiri atau tanpa pendapatan tetap membuat caruman sukarela untuk persaraan, sambil menerima insentif tambahan daripada Kerajaan.
  • Caruman i-Saraan akan diagihkan ke Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%). Bagi ahli berumur 55 tahun ke atas, semua caruman akan dikreditkan ke Akaun Emas.
 

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda