Program Corporate Renewable Energy Scheme (CRESS)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Corporate Renewable Energy Scheme (CRESS) bagi membolehkan syarikat korporat memperolehi dan memilih bekalan elektrik hijau secara langsung
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memperkenalkan Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC) bagi membantu semua agensi kerajaan dalam penjimatan bil elektrik sehingga 10% 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan Ekosistem Semikonduktor
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

Pembangunan Ekosistem Semikonduktor untuk menerajui pelaburan bagi menyokong ekosistem semikonduktor tempatan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penubuhan Agensi Kawalselia Agromakanan Negara
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Regulatory Impact Assessment (RIA) bertujuan mengukuhkan penguatkuasaan kawalsetia agromakanan nasional bagi membanteras orang tengah (middleman)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe) turut dianggotai negara tetangga dalam menggembleng kepakaran dan keselamatan AI
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Wakaf MARA MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 19/03/2025

  • Wakaf MARA MADANI (WMM) merupakan satu platform yang diwujudkan untuk mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan menguruskannya secara professional dengan prinsip syariah. Dana WMM akan dikembangkan dan hasil pelaburan yang terkumpul akan diagihkan bagi tujuan pendidikan, keusahawanan, kebajikan, pengangkutan, kesihatan dan aset wakaf
  • Pendanaan WMM yang ditawarkan adalah terdiri daripada:

Pendanaan

Penerangan

Sumbangan Wakaf daripada PewakafBerkonsep wakaf muabbad iaitu bersifat kekal dan tidak boleh dituntut semula oleh pewakaf
Mara sebagai pemegang amanahDana wakaf (Mauquf) yang terkumpul akan dilaburkan dalam pelaburan yang patuh syariah dan menjamin keuntungan serta selamat.
Sektor agihan yang dikenalpastiSebanyak 5% keuntungan akan dilaburkan semula ke dalam akaun wakaf dan agihan melibatkan 95% meliputi kos pengurusan serta penerima manafaat (6 kategori)
  • Produk WMM yang ditawarkan adalah terdiri daripada:

Produk

Penerangan

Harta Alih
  • Harta Alih adalah seperti wang tunai, unit amanah dan saham 
  • Bagi tujuan permulaan WMM, sumber dana tunai merupakan sumber utama wakaf.
Harta Tidak Alih
  • Harta tidak alih adalah harta seperti rumah, hartanah, bangunan, rumah kedai dan apa-apa harta tidak alih yang ingin dijadikan harta wakaf bagi pembangunan ummah. 
  • Hak mana-mana Harta Tidak Alih yang diwakafkan akan didaftarkan sebagai harta wakaf di bawah nama MAIWP menurut Seksyen 62 91 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505.
  • Pengurusan harta tidak Alih tersebut akan dilaksanakan oleh pihak WMM tertakluk kepada perjanjian pengurusan harta wakaf yang dipersetujui antara WMM dan MAIWP.
Harta Intelek
  • Harta Intelek adalah seperti hak cipta terpelihara, Rekabentuk Industri, Tanda dagang paten, Petunjuk geografi (GI), reka bentuk susun atur litar bersepadu.
Kepakaran
  • Kepakaran adalah apa-apa kemahiran yang boleh diwakafkan untuk membangunkan masyarakat dan komuniti.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sistem MYeHALAL
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Sistem MYeHALAL adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses permohonan dan pengesahan sijil HALAL untuk produk makanan, minuman, dan barang keperluan lain. 

 

  • MYeHALAL membolehkan pengusaha dan pihak berkepentingan membuat permohonan, memantau status permohonan, serta mendapatkan sijil HALAL secara lebih efisien melalui satu sistem bersepadu. 

 

  • Sistem ini juga menyediakan pelbagai maklumat penting mengenai pematuhan dan peraturan halal di Malaysia, serta menggalakkan pengusaha untuk mematuhi garis panduan dan standard yang ditetapkan. 

 

  • Kerajaan akan menambah 100 lagi juruaudit halal JAKIM bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal. 

 

  • Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penggunaan ePayment di semua kaunter Kerajaan bermula 2025
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penggunaan sistem ePayment kepada platform pembayaran di kaunter bagi membolehkan Rakyat membuat pembayaran secara dalam talian untuk perkhidmatan kerajaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan sangat penting, terutamanya bagi warga emas yang tinggal sendirian dan tidak mempunyai akses kepada pengangkutan sendiri. 
  • Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesulitan dari segi mobiliti, tetapi juga menyokong warga emas dalam mengekalkan kesihatan mereka dengan memastikan mereka dapat menjalani rawatan secara berkala.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan PROSPER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Inisiatif Pembiayaan PORSPER merupakan sebuah  pakej pembiayaan bersepadu yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan bumiputera bertujuan membangun dan memperkasa usahawan bumiputera dan perniagaan mereka agar berdaya maju dan berdaya tahan.
  • Pakej pembiayaan ini merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan.
  • Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Jumlah Pembiayaan
  • RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Kadar keuntungan
  • 5% - 8% setahun (tertakluk kepada tujuan pembiayaan)
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun 
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja 
  • Mesin
  • peralatan Ubah suai premis perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda