Program Pembangunan Mampan dan Peralihan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program Pembangunan Mampan dan Peralihan merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk syarikat sendirian berhad, syarikat awam dan koperasi bertujuan menyokong usaha lestari dalam sektor teknologi dan/ atau projek  yang memfokuskan pada kemajuan ekonomi hijau dengan membantu malaysia melakukan peralihan ke masa depan yang rendah karbon dan lestari selaras dengan SDG UNDP, dalam bidang selain tenaga seperti pembangunan lestari, ekonomi kitaran dan pembiayaan peralihan.
Ciri-ciri utamaketerangan
Tempoh permohonan
  • 1 Januari 2025 - 31 Disember 2030
Margin pembiayaan
  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek
Jumlah pembiayaan
  • Minimum: RM20 juta
  • Maksimum: Sehingga RM100 juta
Kemudahan yang ditawarkan
  • Pembiayaan berjangka/ bertempoh
  • Kemudahan pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
  • Jaminan kewangan untuk penerbitan sukuk/ bon
  • Untuk susuan sindikasi/ perjanjian klub
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MySMELady 2.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/07/2025

  • MySMELady 2.0 merupakan sebuah pembiayaan oleh SME Bank di bawah Belanjawan 2025. Pembiayaan ini khas untuk usahawan wanita bagi pembelian aset dan/atau keperluan modal kerja bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.
  • MySMELady 2.0 dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap. Sebarang perubahan ke atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) tidak akan menjejaskan kadar keuntungan tetap yang telah dipersetujui.

Perkara

Butiran

Tujuan
  • Pemerolehan aset (Mesin/peralatan)
  • Modal kerja
Fasiliti Pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB) 
  • Kredit Pusingan-i (RC-i) 
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
Had Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
kadar keuntungan
  • 5.0% setahun
Margin Pembiayaan
  • Pemerolehan Aset: 
    • Sehingga 80% (Baru) 
    • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharu/ Penyesuaian semula). 
  • Modal Kerja: 
    • Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank. 

     

    Nota: Sekiranya memerlukan Jaminan Pembiayaan, hanya boleh diperolehi melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) sahaja.

Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana MDV Technology Venture Financing Microfund Guarantee Scheme (MDV-TECHVFMG)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan hutang teroka bagi syarikat pemula teknologi untuk modal kerja/ pembangunan perniagaan/ pertumbuhan 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
CIP SPRINT
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • CIP SPRINT merupakan sebuah pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat yang disediakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk syarikat Sdn. Bhd bertujuan membantu mereka membiayai usaha perniagaan berasaskan teknologi mereka.
  • Sekurang-kurangnya 60% daripada pembiayaan adalah untuk perbelanjaan pengkormersilan & maksimum 40% untuk perbelanjaan lain seperti pembangunan produk dan/ atau penambahbaikan
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga lapan belas (18) bulan.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi CIP SPRINT.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MDV Technology Acceleration & Commercialisation Scheme 2.0 (MDV-TACT 2.0)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Pembiayaan hutang teroka untuk syarikat pemula berasaskan teknologi dalam mendapatkan keperluan modal kerja, pembelian aset/peralatan & pembangunan perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
CIP SPARK
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • CIP SPARK adalah geran bersyarat yang menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum 18 bulan, khusus untuk syarikat permulaan teknologi dalam fasa pembangunan dan pra-pengkomersialan produk. Geran ini bertujuan membantu usahawan peringkat awal untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka. 
  • Penerima geran akan mendapat sokongan dalam bentuk peluang rangkaian perniagaan, pembangunan model perniagaan, pengesahan pasaran, dan akses pasaran. 
  • CIP SPARK terbuka kepada individu dan syarikat dari pelbagai peringkat pembangunan, termasuk ideasi, pembangunan prototaip, dan penambahbaikan produk. Pembayaran geran dilakukan melalui pendahuluan dan penggantian, dengan syarat penerima membayar semula jumlah yang disalurkan jika berlaku pembatalan atau mengikut terma yang ditetapkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Cradle Fund

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Mudahcara MySTI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/05/2025

  • Dana Mudahcara MySTI adalah inisiatif yang bertujuan membantu syarikat permulaan dan PKS Malaysia yang telah membangunkan teknologi mereka sendiri dan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memasuki dan mendapatkan peluang perolehan Kerajaan
PerkaraPenerangan

Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan dalam bentuk geran sebanyak 70% atau sehingga RM500,000  untuk kos projek yang diluluskan (jumlah mengikut mana-mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan

  • 3 hingga 12 bulan sehingga aktiviti perolehan Kerajaan selesai.

Instrumen Pembiayaan

  • Jumlah yang dibiayai adalah dalam bentuk geran tetapi boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada saham keutamaan selepas tempoh projek.

Skop Pembiayaan

  • Kos Pendaftaran Produk & Pematuhan Peraturan.
  • Perbelanjaan Modal (Pembelian mesin & peralatan)
  • Kos Pengeluaran (Bahan Mentah)
  • Harta Intelek.
  • Kos Pengalihan Kerja.
  • Kos Peningkatan Produk / Perkhidmatan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Keusahawanan dan Kelestarian Komuniti
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program melibatkan pembangunan bakat mahir, jaringan kerjasama, pengembangan teknologi moden & pembiayaan melalui inovasi bioteknologi yang menyokong kelestarian 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran One-off kepada Sekolah Autistik Swasta
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 10/03/2025

  • Geran one-off kepada sekolah autistik swasta yang mempunyai majoriti pelajar golongan B40 dan M40 bagi tujuan pembelian keperluan pembelajaran
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Logistik dan Pengangkutan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam dan / atau berkaitan dengan aktiviti serta perkhidmatan logistik, pengangkutan (termasuk aeroangkasa) dan maritim seperti: 
    • Pemerolehan kapal atau pesawat 
    • Pemerolehan tanah, pembinaan limbungan kapal / hangar, infrastruktur, jentera, dan peralatan 
    • Pembinaan bangunan, kilang, gudang berikat, kawasan pelabuhan, dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa 
    • Pemerolehan aset untuk perkhidmatan logistik, termasuk gudang, kenderaan, dan peralatan berkaitan 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan Pembiayaan separa untuk keperluan modal kerja

 

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM100 juta

 

  • Tujuan dan tempoh pembiayaan:

 

TujuanTempoh Pembiayaan
Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 12 TahunPerbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 tahun

 

  • Ciri-ciri utama:

 

  • Tempoh Ketersediaan
    • 1 januari 2025 - 31 Disember 2030
  • Margin Pembiayaan
    • Sehingga 90% daripada jumlah kos projek
  • Jumlah Pembiayaan 
    • Minimum: RM20 juta
    • Maksimum: Sehingga RM100 juta
  • Kemudahan yang Ditawarkan
    • Pembiayaan Berjangka / Bertempoh 
    • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
    • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon 
    • Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub

 

  • Kadar Pembiayaan:

 

Projek KerajaanKos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Projek KomersialKadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Jaminan KewanganYuran Jaminan - Subsidi sebanyak 1.0% setahun

 

Nota:

i. Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit.

ii. Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun.

iii. Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah.

iv. Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BPMB

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda