Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025
Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (ProSPEC) ialah pembiayaan perniagaan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional
Berikut adalah senarai maklumat skim ProSPEC yang ditawarkan:
Perkara | Keterangan |
---|---|
Skop Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan atau Cagaran
|
atau
atau
atau
|
Kadar Keuntungan |
|
Syarat Kelayakan:
Warganegara dan Bumiputera
Berumur 18-60 tahun
Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
Mempunyai premis perniagaan
Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
Perniagaan patuh Syariah
Bebas daripada senarai hitam MARA
Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat Khusus:
Golongan Profesional yang diiktiraf dan berdaftar sebagai ahli badan profesional yang berkenaan
Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang profesional yang berkaitan mengikut tempoh dan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan usahawan yang berkaitan
Memenuhi syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan keusahawanan yang berkaitan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan
Sila klik pautan untuk maklumat lokasi Pejabat MARA yang berhampiran dengan anda
Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (Dana NITA) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah.
Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Skop Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan/Cagaran |
|
Kadar Keuntungan | 3.5% (Kadar Berkurangan) |
Syarat-syarat kelayakan
Warganegara berstatus Bumiputera berumur 18-60 tahun;
Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
Perniagaan Patuh Syariah
Bebas daripada Senarai Hitam MARA
Kelonggaran syarat:
Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja/Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai/Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan
Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
Terakhir dikemas kini pada 19/03/2025
Kemudahan pembiayaan untuk:
i. Penanaman Semula; atau
ii. Penambahan Kawasan Tanaman Sedia Ada
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Nota: Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) (7.00%) + 2.0%. KABP tertakluk kepada perubahan semasa.
Duti Setem |
|
Caj Guaman & Pembayaran |
|
Sumbangan Takaful |
|
Caj pembrokeran / perdagangan |
|
Nota: Apa-apa perubahan pada fi dan caj yang berkaitan akan di buat secara bertulis oleh Bank.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Agrobank atau lembaran maklumat Sawit-i
Syarat Kelayakan:
i. Pekebun kecil individu.
ii. Organisasi Industri Kelapa Sawit atau agensi-agensi kerajaan yang menguruskan pekebun kecil.
iii. Syarikat yang mempunyai modal berbayar kurang dari RM2.5 juta.
Jika berminat, pemohon boleh memberi maklum balas melalui laman rasmi Agrobank
Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
PKS hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:
Jenis perniagaan | *Jualan tahunan | OR | *Bilangan pekerja sepenuh masa |
Pembuatan | Tidak melebihi RM50 juta | Tidak melebihi 200 | |
Perdagangan | Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 | |
Perkhidmatan (tidak termasuk hartanah) | Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 |
* Jualan Tahunan adalah berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit terkini
** Bilangan pekerja speenuh masa adalah mengikut Penyata KWSP terkini
Penyedia perkhidmatan profesional
Mengeksport perkhidmatan Malaysia dan memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:
*Jualan tahunan | OR | *Bilangan pekerja sepenuh masa |
Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 |
* Jualan Tahunan adalah berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit terkini
** Bilangan pekerja speenuh masa adalah mengikut Penyata KWSP terkini
Nota: Pembekal Perkhidmatan Profesional MESTI menyediakan Surat Pendaftaran atau Lesen atau Sijil yang dikeluarkan oleh Badan Perkhidmatan Profesional. Sekiranya gagal permohonan akan DITOLAK
Persatuan Perdaganagan & Industri, dewan perdaganagn atau badan profesional
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau Bersekutu Pihak Berkuasa Profesional
Koperasi
Terakhir dikemas kini pada 25/02/2025
Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah skim pembiayaan kewangan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan membangunkan industri pelancongan bagi tujuan pembelian aset dan keperluan modal kerja.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Had Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Jaminan |
|
Tempoh Pembiayaan | Pembelian Aset:
Modal Kerja:
|
Cagaran:
i. Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
ii. Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan
Takaful:
i. Takaful Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank
Kelayakan:
i. Syarikat Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana (minimum pegangan ekuiti Bumiputera 60%) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Akta Koperasi 1993.
ii. Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP), MOTAC.
iii. Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM10.0 juta.
iv. Pelanggan sedia ada SME Bank atau syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya selama (2) tahun.
Projek-projek yang layak dibiayai: Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan MOTAC atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh JKPTP, MOTAC. Keutamaan dana diberi kepada projek-projek berikut:
i. Pengubahsuaian dan menaik taraf premis penginapan pelancongan termasuk kerja-kerja pengindahan hotel, motel, inapdesa (berdaftar dengan MOTAC), chalet, rumah persinggahan dan lain-lain projek yang diiktiraf oleh MOTAC.
ii. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan berkaitan dengan pelancongan seperti koc, kereta sewa pandu, feri, bot, bas persiaran, hidrofoil dan lain-lain.
iii. Penyediaan kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan seperti pusat cenderamata, kraftangan, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi di kawasan pelancongan seperti marina, basikal, bot dan lain-lain (kecuali peralatan golf).
iv. Modal kerja untuk aktiviti berkaitan pelancongan.
Dokumen yang diperlukan:
Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin
Salinan pendaftaran perniagaan yang sah
Dokumen kesetiausahaan yang diperakui
Akaun beraudit atau akau pengurusan terkini
Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan
Pelan perniagaan
Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak Bank
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport di bawah Belanjawan 2025 untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan para usahawan/ pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang
Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa
Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:
Perkara | Keterangan |
---|---|
Tempoh Permohonan |
|
Sektor Sasaran |
|
Kemudahan yang ditawarkan |
|
Tempoh Pembiayaan
|
|
Jumlah Pembiayaan
|
|
Kadar insentif SIP2
|
|
Cagaran/ jaminan |
|
PKS dan bukan PKS yang berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
Saham majoriti 51% dipegang oleh rakyat Malaysia
Telah beroperasi dengan minimum 6 bulan dan bersedia untuk ke pasaran eksport
Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan EXIM Bank yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan permohonan serta dokumen sokongan yang diperlukan atau layari pautan ini.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim EXIM Bank
Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025
Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dalam bidang automotif, khususnya yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part), serta membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar.
Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Skop Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan atau Cagaran |
|
Kadar Keuntungan |
|
Syarat-syarat Asas:
i. Warganegara dan Bumiputera
ii. Berumur 20-60 tahun
iii. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
iv. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
v. Mempunyai premis perniagaan
vi. Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
vii. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
viii. Perniagaan patuh Syariah
ix. Bebas dari senarai hitam MARA
xi. Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat-syarat Khusus:
i. Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion
ii. Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan. Sila klik pautan untuk lokasi Pejabat MARA
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian Dan Hijau (SGBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi pemain industri tempatan bertujuan untuk menggalakkan penerapan teknologi hijau dan kecekapan tenaga dalam kalangan pemain industri tempatan.
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SGBF
Berdaftar dengan SSM atau mana-mana badan berkanun yang berkaitan
Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia
Perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 6 bulan
Memiliki lesen perniagaan yang sah
Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan
Permohonan pembiayaan boleh dikemukakan secara atas talian di pautan SBGF
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:
Perkara | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pinjaman : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) |
RM10,000 – RM100,000 |
Tempoh Bayaran Balik : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) |
6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun |
Sumbangan Tabung Pengurusan | 4% setahun |
Simpanan wajib | 5% setahun |
Syarat kelayakan: