Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi & Pemodenan (SFSAM)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan bagi syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Peluang Kedua
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Peluang Kedua (Second Chance Financing) menawarkan penyelesaian kewangan kepada PKS yang mengalami tekanan dengan menyediakan penyelesaian terhadap kekangan aliran tunai dan mengurangkan beban perniagaan untuk terus beroperasi. Dana ini tidak hanya membantu PKS yang berpotensi untuk pulih dengan cepat dari krisis dan kembali berintegrasi dalam ekonomi, tetapi juga melindungi mereka daripada hampir ditutup atau muflis. Selain itu, dana ini memberikan sokongan kepada syarikat yang mempunyai reputasi yang baik yang ingin memperoleh ekuiti atau saham daripada PKS yang berpotensi tinggi namun mengalami kesukaran kewangan melalui pembiayaan ekuiti.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM50,000 ~ RM5,000,000 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 10 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 3.0% setahun atas baki bulanan 
Skop Pembiayaan 
  • Pembiayaan Hutang 
  1. Mesin & Peralatan 
  2. Kenderaan Komersial 
  3. Perkakasan & Perisian IT  
  • Pembiayaan Ekuiti 

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 2
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • CAKNA ialah skim untuk memudahkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil (G1-G4) yang mendapat kontrak Kerajaan mendapatkan pembiayaan bagi memperkukuh aliran tunai dan kedudukan kewangan. 
  • Skim CAKNA II ialah skim pembiayaan untuk kontraktor / pembekal PMKS yang memperoleh projek Kerajaan, terutamanya kontraktor kecil (G1-G4) dengan nilai kontrak hingga RM1.5 juta. Skim ini menawarkan pembiayaan kompetitif untuk membantu kontraktor kecil melaksanakan projek Kerajaan dengan segera dan tepat pada masanya.

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA I
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • CAKNA ialah skim untuk memudahkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil (G1-G4) yang mendapat kontrak Kerajaan mendapatkan pembiayaan bagi memperkukuh aliran tunai dan kedudukan kewangan. 
  • Skim CAKNA I ialah skim tunai mudah untuk membantu PMKS yang telah menyiapkan kontrak Kerajaan dengan membolehkan mereka menjual invois yang diluluskan kepada bank pada harga diskaun untuk pembayaran awal. 
  • Skim ini memanfaatkan sistem perolehan Kerajaan dan platform pembiayaan perdagangan bank untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan masa ke pasaran.
  • Manfaat utama kepada Vendor PMKS:

    i. Menyediakan mudah tunai segera bagi membolehkan vendor PMKS menguruskan keperluan kewangan 

    ii. Harga yang kompetitif berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan sebagai prinsipal 

    iii. Menambah baik akses vendor PMKS kepada kemudahan perbankan 

    iv. Tidak mempengaruhi tahap keberhutangan vendor PMKS

    v. Tiada cagaran diperlukan

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS)​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan Perusahaan Sosial ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk modal kerja dan pembelian aset khusus bagi usahawan Perusahaan Sosial (Social Enterprise, SE)

PerkaraPenerangan
Kadar Keuntungan 
  • 3.0%  untuk perusahaan mikro dan kecil atau 4.0% setahun untuk perusahaan sederhana
Amaun Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM500,000
Jaminan
  • Tiada jaminan SJPP atau CGC
Tempoh Pembiayaan
  • Pembiayaan modal pusingan: sehingga 5 tahun
  • Pembiayaan pembelian aset: sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BRPLUS - i BizLady​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • BRPlus-i BizLady adalah skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, khas untuk usahawan wanita. Ia bertujuan untuk membantu usahawan wanita memperkasa perniagaan mereka melalui pembiayaan yang fleksibel.
  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • RM100 juta
Kadar Pembiayaan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: Kadar asas pembiayaan (KAP) + 1.5% setahun (Termasuk yuran jaminan)
  • Mikro: 7.50% setahun (kadar rata)
Had Pembiayaan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: RM50,001 sehingga RM1 juta 
  • Mikro: Sehingga RM50,000 
Tempoh Bayaran Balik
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) & koperasi: Sehingga 7 tahun
  • Usahawan Mikro: sehingga 5 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Rakyat

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Meringankan beban kewangan PKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)  merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan berkaitan pelancongan bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal 
  • Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Dibuka dari 1 Ogos 2020 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1 bilion) habis digunakan sahaja
  • Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain

 

Jenis pembiayaan
  • Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i dan Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i
Had pembiayaan
  • Untuk PKS: Sehingga RM500,000 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000
Jaminan pembiayaan
  • Untuk PKS - Jaminan sehingga 80% 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90% 
Yuran jaminan
  • 0.50% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Sumber dana
  • Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia
Kadar faedah/ keuntungan
  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memberi insentif kepada PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • Kemudahan Peralihan Karbon Rendah  (LCTF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan oleh  Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Belanjawan 2025  bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong PKS menerapkan amalan lestari dan karbon rendah. 
  • Kemudahan Peralihan Karbon Rendah ditawarkan kepada PKS dalam semua sektor yang komited untuk mengubah operasi perniagaan kepada operasi karbon rendah. Ia termasuk aktiviti untuk menambahbaik kecekapan tenaga, meningkatkan penggunaan bahan diakui lestari dalam pengeluaran dan mendapatkan pensijilan kelestarian.
  • Institusi kewangan peserta akan menyediakan pembiayaan secara padanan
Tujuan pembiayaan
  • Untuk membiayai perbelanjaan modal atau modal kerja bagi memulakan atau memudahkan peralihan kepada operasi karbon rendah dan lestari
Tempoh pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
Saiz pembiayaan setiap PKS
  • Maksimum 10 juta
Kadar pembiayaan kepada PKS
  • Kadar pembiayaan maksimum 5.0% setahun, termasuk fi jaminan (jika ada)
Jaminan
  • Skim jaminan yang tersedia di bawah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) / Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
Tempoh permohonan
  • 3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda