Terakhir dikemas kini pada 10/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 pada tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.
Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh (SKM) adalah layak untuk memohon.
Jenis-jenis pembiayaan:
Modal Pusingan |
|
Pembangunan Hartanah |
|
Pemilikan Harta |
|
Pengangkutan (Pembelian Kenderaan) |
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SKM
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Siling Peruntukan:
i. Program diberi pertimbangan dan kelulusan dengan siling masimum sebanyak RM1,000,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU JUTA SAHAJA).
ii. Jawatankuasa berhak menentukan ciri dan aspek yang ingin disokong / diluluskan di dalam kertas cadangan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program / acara SAHAJA.
iii. Tourism Malaysia turut menyediakan geran bagi pelaksanaan program berskala besar oleh penganjur dengan konsep program yang menarik dan hanya permohonan yang benar-benar layak dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh sahaja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kelulusan sewajarnya.
iv. Keputusan kelulusan jumlah geran adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Tourism Malaysia adalah tidak dipertanggungjawab di atas apa-apa kerugian oleh penganjur.
Nota: Tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Tourism atau Garis Panduan GSSP
Kategori Pemohon:
i. Kategori Pemohon Entiti yang LAYAK memohon GSSP adalah seperti berikut:
Kelayakan Pemohon:
i. Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran / pengesahan seperti berikut:
Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan
Dokumen mengenai maklumat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti:
i. Corporate Information;
ii. Summary of Financial Information; dan
iii. Laporan Penyata Kewangan Terkini ATAU 'Management Account' bagi yang beroperasi enam (6) bulan.
Persatuan / Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Tempatan
i. Borang 3, Akta Pertubuhan 1966; dan
ii. Borang Pendaftaran Badan Sukan yang berkaitan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (untuk persatuan yang berkaitan)
Entiti yang TIDAK LAYAK memohon GSSP adalah seperti berikut:
i. Permohonan daripada Kementerian, Jabatan dan Pejabat / Agensi Kerajaan;
ii. Tidak berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang negara;
iii. Pertubuhan politik dan keagamaan;
iv. Individu / orang perseorangan; dan
v. Mana-mana entiti yang telah disenaraihitamkan oleh pihak Kerajaan;
Penganjuran yang dibenarkan:
i. Program / Acara Pelancongan yang mempunyai elemen penyertaan dari negeri-negeri dalam Malaysia;
ii. Pameran Pelancongan (Travel Fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) yang memfokuskan penjualan pakej dalam negeri sahaja;
iii. Program / Acara Minat Khas (Niche) yang menyuntik elemen pelancongan dan mampu menarik penyertaan dari dalam dan luar negara; dan
iv. Penganjuran acara sukan TERHAD kepada acara berbentuk rekreasi, karnival, sukan rakyat dan gaya hidup yang memberikan impak kepada industri pelancongan dan sosioekonomi setempat.
Penganjuran yang tidak dipertimbangkan:
i. Mempromosikan produk / tempat SAHAJA tanpa ada program / acara yang dianjurkan;
ii. Familiarisation Trip (FAMTRIP) hendaklah dipohon di bawah Geran Galakan Malaysia (GAMELAN);
iii. Penerbitan video / dokumentari / bahan promosi berbentuk video atau seumpamanya;
iv. Pembangunan aplikasi / kandungan / laman web;
v. Bengkel / mesyuarat / konvensyen / seminar / persidangan / insentif yang memberikan impak kepada negara hendaklah dipohon kepada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MYCEB);
vi. Program berunsur politik / keagamaan / melibatkan sensitiviti masyarakat / kaum;
vii. Program sisipan atau kombinasi program yang mana kedua-duanya atau lebih diadakan dilokasi dan tarikh yang sama dan memohon GSSP;
viii. Program hanya melibatkan ahli kelab / ahli persatuan/ahli pertubuhan tertentu sahaja tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
ix. Acara makan malam, anugerah dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
x. Program yang berkonsepkan semata-mata majlis peluncuran, perasmian, pra tonton dan pencarian atau pembangunan bakat tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
xi. Acara sukan yang melibatkan 103 jenis sukan seperti mana dinyatakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dan berbentuk pertandingan untuk menambahbaik ranking dan di peringkat Kebangsaan, perlu dimohon di bawah Geran Padanan Sukan;
xii. Program berkonsep seni, budaya dan warisan sepertimana yang digariskan di bawah Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) perlu dimohon di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan;
xiii. Penganjuran acara yang menjalankan perniagaan / aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual.
xiv. Permohonan bagi penganjuran program / acara yang SEDANG BERLANGSUNG atau TELAH TAMAT.
xv. Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di dalam Garis Panduan dan tidak memenuhi syarat tempoh terimaan permohonan;
xvi. Permohonan bagi program / acara yang telah menerima bantuan / geran / insentif kewangan daripada MOTAC atau jabatan/agensi di bawah MOTAC atau mana-mana kementerian / jabatan / agensi bagi program yang sama.
Pemohon diwajibkan untuk mengemukakan satu (1) salinan cetak (hardcopy) kepada urus setia sebaik sahaja memohon melalui sistem dalam talian (online).
Permohonan hanya akan diproses setelah kedia-dua kaedah permohonan dipenuhi.
URUS SETIA
GERAN SOKONGAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP)
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(TOURISM MALAYSIA)
BAHAGIAN DOMESTIK & ACARA
ARAS 4, NO. 2, MENARA 1
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
Nota : Urus setia adalah tidak dipertanggungjawabkan sekiranya permohonan dihantar di luar daripada kaedah yang dinyatakan.
Peringatan: Penggunaan logo KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC) dan TOURISM MALAYSIA tanpa kebenaran bertulis adalah DILARANG dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut untuk tujuan tuntutan pembayaran selewat-lewatnya 30 hari selepas program / acara selesai:
i. Surat Tuntutan Pembayaran (ditandatangani berserta cop rasmi syarikat / persatuan);
ii. Invois Tuntutan Pembayaran (ditandatangani berserta cop rasmi syarikat / persatuan);
iii . Salinan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Akuan Terima yang ditandatangani, perlu di duti stem Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kos duti stem adalah di bawah tanggungan pemohon;
iv. Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / PUSPAL / PDRM (yang berkaitan) khusus untuk tujuan penganjuran program / acara mengikut SOP yang sedang berkuat kuasa;
v. Surat kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran program / acara minat khas (niche) (sekiranya berkaitan);
vi. Laporan Komprehensif Bergambar (berbentuk binding & tagging) berserta bukti-bukti pelaksanaan syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui bersama sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima;
vii. Laporan Perincian Perbelanjaan / Pembayaran berserta dokumen sokongan pembayaran (invois & resit / penyata bank) sebagai bukti penganjuran program/acara telah dilaksanakan dengan jayanya.
viii. Certificate of Work Completion (CWC) yang disedia dan disahkan oleh penganjur.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Kategori Permohonan dan Siling Peruntukan:
i. Penyertaan dalam Pameran Pelancongan (Travel Fairs / Exhibitions):
Aktiviti / Program | Siling Peruntukan | |
Fizikal | Dalam Talian | |
International / Malaysia Travel Fairs / Exhibitions (Malaysia) | RM40,000 | RM20,000 |
International Travel Fairs / Exhibitions (Luar Negara) | RM60,000 | RM20,000 |
ii. Penyertaan di dalam Misi Jualan (Tourism Sales Mission / Roadshows):
Aktiviti / Program | Siling Peruntukan | |
Fizikal | Dalam Talian | |
|
| RM20,000 |
iii. Penganjuran Seminar / Webinar Pelancongan, Seni & Budaya:
Aktiviti / Program | Siling Peruntukan |
Fizikal / Dalam Talian | |
Seminar Pelancongan |
|
Webinar |
|
iv. Penganjuran Lawatan Suai Kenal Pelancongan (FAMTRIP):
Aktiviti / Program | Siling Peruntukan |
Program Suai Kenal / FAMTRIP |
|
v. Hebahan Video (Melalui Platfom / Medium Dalam Talian) Online:
Aktiviti / Program | Siling Peruntukan |
Hebahan video promosi pelancongan melalui platfom atau medium dalam talian (Online) | RM50,000 |
vi. Penyertaan di dalam Aktiviti Promosi Seni & Budaya:
Aktivitii / Program | Siling Peruntukan |
Fizikal | |
International / Malaysia Travel Fairs / Exhibitions (Malaysia) | RM40,000 |
International Travel Fairs / Exhibitions (Luar Negara) | RM60,000 |
Syarat Kelayakan:
i. Entiti berdaftar/ berlesen yang LAYAK memohon GAMELAN adalah seperti berikut:
ii. Entiti yang TIDAK LAYAK memohon adalah seperti berikut:
Syarat Permohonan:
i. Permohonan dibuka pada 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 atau tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa.
ii. Permohonan dibuat sebelum aktiviti / program promosi dan pemasaran dilaksanakan/ disertai.
iii. Penyertaan / Penganjuran selepas 31 Disember 2025 adalah TIDAK DIBENARKAN
Dokumen yang diperlukan:
Bil. | Kategori Permohon | Dokumen |
1. | Persatuan Pelancongan Malaysia |
|
2. | Syarikat / Agensi Pelancongan |
|
3. | Pengusaha Penginapan yang berdaftar |
|
4. | Persatuan Membeli Belah (Shopping Association) |
|
5. | Persatuan / Kelab / Syarikat mempromosikan produk minat khas (niche) seperti Golfing, Birding, Diving, Fishing, Wedding, Cycling, Mountain Climbing, Paragliding, Motorsports, Gourmet dan bidang-bidang lain yang bersesuaian |
|
6. | Pengusaha Community Based Tourism (CBT) |
|
7. | Taman Tema & Pemilik Produk Pelancongan, Seni & Budaya yang berdaftar |
|
8. | Government linked Company (GLC) [Bagi kos promosi yang tidak dibiayai oleh pihak Kerajaan Pusat / Negeri] |
|
9. | Pengusaha / Kelab / Syarikat Seni & Budaya yang berdaftar / diiktiraf |
|
Proses Permohonan:
i. Permohonan dibuat secara dalam talian (online) melalui laman rasmi Tourism
ii. Permohonan yang LENGKAP akan DITERIMA dan diproses untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian
iii. Menyatakan anggaran kadar pulangan (Return on Investment - ROI) dengan jelas
iv. Permohonan hendaklah disertakan dengan butiran / dokumen lengkap seperti berikut;
Salinan bercetak dihantar kepada:
URUS SETIA
GERAN GALAKAN MELANCONG MALAYSIA (GAMELAN)
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TOURISM MALAYSIA)
BAHAGIAN DOMESTIK & ACARA,
ARAS 4, NO. 2, MENARA 1, JALAN P5 / 6, PRESINT 5,
62200 PUTRAJAYA
Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025
Micro/i PKBC Scheme B ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital) dan pembelian aset untuk tujuan perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Amaun Pinjaman |
|
Tempoh Pinjaman |
|
Jenis Sektor Perniagaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Perusahaan mikro (Pemilikan tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd.)
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Komuniti CINA sahaja
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan
Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa / separuh masa
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Dokumen yang diperlukan:
Pemilikan Tunggal/Perkongsian
a) Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan/ atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah/ Majlis Perbandaran/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ permit operasi/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
b) Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi
c) Penyata Akaun (Certified Account)/ Akaun Pengurusan (Management Account) untuk 2 tahun terkini
d) Penyata Bank untuk 6 bulan terkini
e) Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Syarikat Sdn. Bhd
a) Dokumen Disahkan Benar (Certified True Copy (CTC)) seperti berikut :
• Borang 9, 24, 44, 49
• Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A)/ Konstitusi Syarikat
b) Resolusi Ahli Lembaga Pengarah
c) Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika ada)
d) Penyata Kewangan Syarikat Beraudit/ Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
e) Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
f) Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025
MADANI Penjaja adalah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan kepada penjaja statik dan bukan statik untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Tujuan pembiayaan |
|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di Laman Rasmi Bank Simpanan Nasional
Kelayakan
Perusahaan mikro/ kecil/ penjaja
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa/ Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan)
Nota: Perusahaan mikro sepertimana didefinisikan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (National SME Development Council)/ Micro business as defined by the National SME Development Council)
Langkah 3: Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di Laman Sesawang BSN. Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
Dokumen yang diperlukan
Salinan kad pengenalan pemilik tunggal/ rakan kongsi/ semua pengarah (jika berkenaan)
Sijil pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Penyata akaun bank untuk tiga (3) bulan/ enam (6) bulan terkini
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
Sebut harga belian bagi tujuan menaiktaraf perniagaan
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025
Program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0) akan memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.
Inisiatif/ Kategori | Kuota Ditawarkan (MW) | Tarikh Pembukaan Kuota |
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) | 100MW | 1 Februari 2021 - 30 Jun 2025 |
Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) | 1400MW | 1 April 2021 - 30 Jun 2025 |
Kelayakan
Pemohon yang memenuhi kriteria berikut:
Program | Kriteria pemohon | Kategori pengguna TNB dibawah Tarif Berikut |
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) | Sebuah Kementerian, jabatan atau badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di semua peringkat pentadbiran sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah termasuk pihak berkuasa tempatan | Tarif Komersial |
Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025
MADANI Wanita adalah skim pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 kepada usahawan wanita bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).
Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan skim pinjaman tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi Bank Simpanan Malaysia
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Mengemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
Dokumen yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan).
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk golongan profesional) yang sah.
Penyata Akaun Bank untuk tempoh tiga (3) bulan yang terkini.
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah Geran padanan MyCIF di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi syarikat pemula & PMKS yang berjaya mengumpul dana melalui kaedah Equity Crowd Funding & P2P bertujuan untuk memperkasa pembiayaan alternatif
Objektif dana ini adalah bagi:
Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko
Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PKS
Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif
MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial MyCIF untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial melalui kempen P2P yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Platform | Nisbah Pelaburan | Jumlah Pelaburan Maksimum | |
---|---|---|---|
Skim Am MSME | ECF dan P2P | 1:4 | RM1 juta |
Skim Keselamatan Makanan | ECF dan P2P | 1:2 | |
Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial | ECF dan P2P | 1:2 | |
Skim Perusahaan Sosial | P2P Sahaja | 1:1 | RM500,000 |
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF; dan
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF
Skim Am MSME
SEMUA PKS yang memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Perusahaan Sosial
Memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Keselamatan Makanan
MSME juga dikehendaki memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial
MyCIF akan melabur pada nisbah 1:2 untuk kempen ECF dan P2P oleh MSME yang:
Muat turun:
Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025
DKA dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap. Sebarang perubahan ke atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) tidak akan menjejaskan Kadar Keuntungan Semasa yang telah dipersetujui.
Tujuan |
|
Kemudahan pembiayaan |
|
Had pembiayaan |
|
Kadar keuntungan |
|
Margin pembiayaan |
|
Tempoh pembiayaan |
|
Cagaran |
|
Takaful |
|
Kelayakan