Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan dalam usaha ke arah pensijilan halal

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Pengubahsuaian premis perniagaan; 
  • Pembelian Peralatan; 
  • Kos-kos lain yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan
Had PembiayaanRM100,000
Tempoh Pembiayaan
  • 7 tahun @ 84 bulan
Jaminan/Cagaran
  • Gadaian Tanah: Gadaian Tanah (mengikut tafsiran Kanun Tanah Negara 1965). Nilai Jualan Paksaan (Force Sales Value) tanah hendaklah bernilai tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pembiayaan; 

     

    atau

     

  • Jaminan: Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan;

     

    atau

     

  • Mana-mana gabungan perkara i dan ii; 

     

    atau

     

  • Simpanan Tetap Berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan sepuluh peratus (10%) daripada nilai pembiayaan;
  • Semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi (Jaminan Ahli Lembaga Pengarah)
Kadar Keuntungan4%

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan memiliki bangunan sendiri serta menambah pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Pembelian premis perniagaan seperti berikut:

    i. Kedai / Rumah Kedai

    ii. Lot Ruang Niaga. Lot Komersil / Kilang

    iii. Lain-lain jenis premis yang layak digunakan untuk perniagaan mengikut panggilan semasa

Had Pembiayaan
  • Had maksimum pembiayaan adalah 95% daripada kos pembelian premis. Manakala baki 5% perlu disumbang oleh pemohon
  • Pemohon yang berstatus perniagaan milikan tunggal / perkongsian, had maksimum pembiayaan ialah RM1,000,000
  • Pemohon yang berstatus Syarikat Sendirian Berhad, had maksimum pembiayaan ialah RM2,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga 20 tahun dan umur pemohon tidak lebih dari 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Jaminan/Cagaran
  • Cagaran ke atas premis yang hendak dibeli 
  • Pemohon dikehendaki mengambil insuran MRTT dan insuran kebakaran bagi premis yang dibeli.
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan4%

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan;
  • Pembelian Mesin; dan 
  • Peralatan Ubah suai Premis Perniagaan
Had Pembiayaan
  • Milikan Tunggal / Perkongsian: RM250,000
  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon

     

    atau 

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali

     

    atau

     

  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan4%

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Skim Pembiyaan Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) adalah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk berdikari dengan mengusahakan perniagaan sendiri
  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.
PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan;
  • Pembelian Mesin; dan 
  • Peralatan Ubah suai Premis Perniagaan
Had Pembiayaan
  • RM50,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-15 tahun (12-180 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • TIADA
Kadar Keuntungan
  • 0%

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) adalah sebuah program anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki 
  • PUTEK menawarkan skim pembiayaan bagi usahawan Bumiputera bagi pembelian mesin serta peralatan dan bagi usahawan baru, modal pusingan merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik) 

     

Perkara 

Penerangan 

Skop Pembiayaan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan 
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) merangkumi: 
  1. 60% pembiayaan 
  2. 40% geran (sekiranya rekod bayaran adalah baik) 
Had Pembiayaan 

Pembelian mesin dan peralatan 

  • Minima: RM3,000 
  • Maksima:RM500,000 

Modal Pusingan 

  • 3 bulan pada 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksima RM50,000 atau mana-mana nilai yang terendah 
Tempoh Pembiayaan 1-5 tahun (12-60 bulan) 
Jaminan / Cagaran Tiada 
Kadar Keuntungan 0% 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
National Fund of Funds (NFOF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program fund-of-funds untuk menyokong pengurus dana modal teroka bagi pembiayaan syarikat pemula
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Promosi Skim Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices, GAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Promosi Skim Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices, GAP) untuk menggalakkan pengeluaran hasil yang berkualiti dan selamat dimakan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Kandungan Kreatif (DKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Dana Kandungan Kreatif (DKD) merupakan sebuah dana yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara yang berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

     

Objektif

Menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan di pasaran tempatan dan antarabangsa 

Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif;

Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program pembiayaan bagi golongan petani untuk menerapkan teknologi dan memodenkan operasi pertanian
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan PROSPER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • Inisiatif Pembiayaan PORSPER merupakan sebuah  pakej pembiayaan bersepadu yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan bumiputera bertujuan membangun dan memperkasa usahawan bumiputera dan perniagaan mereka agar berdaya maju dan berdaya tahan.
  • Pakej pembiayaan ini merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan.
  • Pembiayaan dari RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Jumlah Pembiayaan
  • RM100 ribu sehingga RM10 juta (kecuali perniagaan stesen minyak maksimum sehingga RM500 ribu sahaja)
Kadar keuntungan
  • 5% - 8% setahun (tertakluk kepada tujuan pembiayaan)
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun 
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja 
  • Mesin
  • peralatan Ubah suai premis perniagaan

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda