Icon
Image
Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut:
i. Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang
ii. Maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Syarat Kelayakan :
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
i. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
ii. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Semua permohonan bantuan kewangan dikendalikan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian di seluruh negara.
i. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
ii. Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.
Pemohon diminta membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian:
i. Salinan MyKad pemohon
ii. Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
iii. Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
iv. Salinan bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi tujuan pengesahan alamat): dan
v. Lain-lain dokumen yang berkaitan
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM
Terakhir dikemas kini pada 18/12/2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sejenis inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup
Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun
Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Pembayaran STR adalah seperti berikut:
Bil | Fasa | Tarikh Pembayaran |
1 | Fasa 1 | Tarikh agihan akan dikemas-kini |
2 | Fasa 2 | Tarikh agihan akan dikemas-kini |
3 | Fasa 3 | Tarikh agihan akan dikemas-kini |
4 | Fasa 4 | Tarikh agihan akan dikemas-kini |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi STR
Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2025:
Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
*Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19-59 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang
Permohonan baharu STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR atau
ii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2025 bagi tatacara untuk membuat permohonan
Kemas Kini STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR atau
ii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2025 bagi tatacara untuk membuat Kemas Kini STR 2025
Peti Surat STR,
GPO Shah Alam,
40800 Shah Alam,
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR,
Pejabat STR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon |
|
Pasangan |
|
Anak |
|
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
Kelayakan Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
Nota: Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni / pelatih :
Institusi kendalian JKM
Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Nota : Sumber kewangan seperti pencen / PERKESO / bantuan dan lain-lain.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :
Salinan MyKad pemohon
Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara kad OKU
Surat / memo pengesahan rawatan dari hospital / klinik kesihatan (kerajaan / swasta) / Pegawai JKM menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja
Salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat) atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM