icon
Image
Bimbingan & Latihan Keusahawanan
Be Your Own Boss (BYOB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Program Be Your Own Boss (BYOB) adalah inisiatif oleh Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) yang menyediakan program keusahawanan holistik dan kompetitif. 
  • Program ini mensasarkan belia dan wanita Bumiputera yang berminat menceburi bidang keusahawanan, khususnya dalam perniagaan francais, pra-francais, dan pelesenan.

 

  • BYOB menawarkan dua program utama:

    i. Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY):

    • Program khas untuk belia Bumiputera berusia 21 hingga 40 tahun yang ingin menceburi bidang keusahawanan dalam perniagaan francais, pra-francais, atau pelesenan

    ii. Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET):

    • Program khas untuk wanita Bumiputera berusia 21 hingga 60 tahun yang berminat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan francais, pra-francais, atau pelesenan.

 

  • Peserta program BYOB akan berpeluang menghadiri sesi padanan perniagaan, menerima bantuan pembiayaan, mengikuti latihan berstruktur, dan dipantau selama enam bulan selepas memulakan perniagaan. Pembiayaan yang disediakan adalah berasaskan pembiayaan Islam (konsep Tawarruq) sehingga RM500,000 dengan kadar keuntungan tahunan 4.75%

 

  • Struktur Pembiayaan: 

Perkara

Penerangan

Kaedah Pembiayaan
  • Pembiayaan Konsep Islam (Tawarruq)
Saiz Pembiayaan 
  • Pembiayaan sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80% dari jumlah kos projek
Kadar Keuntungan 
  • 4.75% setahun
Tempoh Pembiayaan
  • Mengikut tempoh perjanjian francais / pra-francais / perlesenan

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PERNAS
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) merupakan inisiatif Kerajaan berbentuk latihan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh SME Corp Malaysia bertujuan untuk menggalakkan kepada generasi belia yang berkelayakan untuk menceburi bidang perniagaan.

  • Objektif utama Program TUBE X ini adalah untuk:

     

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia 

  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan 

  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri 

     

  • Program ini dirancang khusus untuk mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

     

  1. FASA 1: Bengkel Asas Keusahawanan selama tujuh (7) hari. 

    Peserta akan mempelajari pelbagai elemen perniagaan seperti Jualan dan Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan, Pendaftaran Perniagaan, Penjenamaan, Harta Intelek, Peraturan dan Undang-Undang Perniagaan serta Pendigitalan Perniagaan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat kemudahan bantuan oleh Kerajaan dan institusi perbankan. Di Fasa ini juga peserta seterusnya perlu menyediakan Business Model Canvas (BMC) dan membentangkan cadangan Rancangan Perniagaan (RP).

     

  2. FASA 2: Rancangan Perniagaan (RP) selama dua belas (12) bulan.

    Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa Sesi Pith2Match. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia bagi memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi agar perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan serta relevan dalam industri.

     

  • Permohonan dalam talian dibuka mulai 16 Disember 2024 hingga 3 Januari 2025 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi TUBE.

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda