Icon
Image
Penjagaan Anak
Subsidi Yuran Pengasuhan Taska
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska

  • Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat

  • Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan

  • Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan  

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 10/06/2025

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, termasuk anak yatim, yatim piatu, serta mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat, agar dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara. Bantuan ini juga bertujuan meringankan beban keluarga pelihara yang sanggup memelihara anak angkat seperti anak sendiri.
  • Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan pada minimum RM250 sebulan bagi setiap orang kanak-kanak. Jumlah maksimum bantuan ialah RM500 sebulan bagi sebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda