Icon
Image
Perumahan
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • ​Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja gig dan peniaga kecil, untuk memiliki rumah sendiri. 
  • Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh 

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi:

    i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan 

    ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

 

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah di atas tanah wakaf bagi penjawat awam
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 25/07/2025

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan dana bagi penjawat awam untuk membeli rumah di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan Rumah Mampu Milik
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Pembangunan Rumah Mampu Milik bagi rakyat di atas tanah-tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan Tanah Wakaf
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Pembangunan Tanah Wakaf bagi para persara warga emas yang berpendapatan rendah untuk membina rumah persaraan mandiri
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibel

  • Skim ini menyasarkan golongan seperti: 

i. Individu yang bekerja sendiri 

ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) 

iii. Pekerja kontrak 

iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gaji

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembelian rumah pertama

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT* / LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -i

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, *MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

**LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau rujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rumah Mesra Rakyat
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Program Rumah Mesra Rakyat merupakan bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan isi rumah bawah RM5,000 yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah sendiri, bagi membina rumah yang sempurna dan selesa
  • Kaedah pelaksanaan serta ciri-ciri Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

Perkara

Semenanjung Malaysia

Pulau di Semenanjung Malaysia

Kaedah permohonan
Konsep 
  • Rumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan Rumah
  • 750 kps
  • 750 kps
Keluasan Tanah (tertakluk kepada rekabentuk)
  • 3,000 kps
  • (279 mps)
  • 3,000 kps
  • (279 mps)
Harga
  • RM75,000
  • RM85,000
Subsidi (pembinaan)
  • RM20,000
 
Jumlah Pinjaman
  • Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaan 
  • Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB 
  • Pembayaran balik melalui kaunter BSN / Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuriti
  • Firma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaan
  • Kontraktor Gred G1-G7
  • Pembekal utama produk
  • Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda