Icon
Image
Kewangan & Sara Hidup
Program Nur: Domestik
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program NUR: DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.

 

  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI Individu
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
  • BUDI Individu khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia
  • Peluasan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem MySubsidi Diesel bermula 7 Mac 2024.
  • Permohon akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/06/2025

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan 2025 untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Fasa

Kaedah Pembayaran

Jenis Penerima

Tarikh Pembayaran 

Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)
Fasa 2Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
Penerima Baharu Rayuan Mulai 03 April 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Fasa 3Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Fasa 4Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Sayang
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Program i-Sayang ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami; dan 
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tabung Bencana Pertanian (TBP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Tabung Bencana Pertanian (TBP) adalah sebuah program yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan kewangan kepada petani, penternak, dan nelayan yang mengalami kerugian akibat bencana alam. 
  • Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas dengan mengimbangi semula kerugian yang dialami, terutamanya dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan. 
  • Melalui tabung ini, mereka yang terlibat boleh memohon bantuan bagi tujuan pembaikan infrastruktur, pembelian peralatan, atau bantuan untuk mengurangkan kerugian akibat kemusnahan hasil atau ternakan disebabkan oleh bencana seperti banjir, kebakaran, ribut, atau lain-lain kejadian yang tidak dijangka.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Peningkatan kadar subsidi kepada RM500/MT & kenaikan harga lantai belian padi  kepada RM1,300/MT bertujuan untuk membantu pendapatan pesawah.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Subsidi Padi Bukit Atau Padi Huma
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Peruntukan subsidi bagi padi bukit atau padi huma bertujuan untuk menggalakkan penanaman padi bukit / huma
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah di atas tanah wakaf bagi penjawat awam
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan dana bagi penjawat awam untuk membeli rumah di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh melalui pajakan tanah terbiar untuk diusahakan semula dan keuntungan akan dibahagikan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda