
Icon
Image

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Kad ini boleh digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti:
i. Pasaraya
ii. Pakaian
iii. Makanan dan minuman
iv. Perjalanan dan penginapan
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kad Pekerja MADANI
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut
iii. Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Sila klik di sini untuk membuat permohonan. Permohonan Kad Pekerja Madani boleh dibuat secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:
i. Sila klik di sini untuk melayari portal rasmi Kad Pekerja Madani.
ii. Klik butang "Daftar Akaun" di bahagian atas skrin.
iii. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan
Nota: Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Ibu Pejabat atau Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri berhampiran
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
i. Semakan status kemiskinan secara online.
ii. Penyelarasan maklumat bantuan.
iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Nota: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.
Punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada:
i. Pekerjaan Bergaji.
ii. Bekerja Sendiri.
iii. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
iv. Pindahan Semasa diterima.
Cara pengiraan Pendapatan Per Kapita dalam sistem eKasih:
i. Pendapatan Per Kapita:
ii. Contoh pengiraan:
Nota: Jika PGK semasa menetapkan RM300 ke bawah sebagai miskin tegar, maka isi rumah tersebut layak didaftarkan sebagai miskin tegar.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pengguna / Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power);
ii. Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
iii. 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
iv. Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini.)
Cara memohon:
i. Pembelian di Kedai / Pasaraya Fizikal:
ii. Pembelian Secara Atas Talian (e-Dagang):
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
i. No. Mykad
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Nama Bank No. Akaun Bank
iv. Alamat e-mel
Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
i. Nombor Pendaftaran Kenderaan
ii. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
iii. Jenama / Model Kenderaan
iv. Kelas Kegunaan Kenderaan
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan 2025 untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Pembayaran STR adalah seperti berikut:
Fasa | Kaedah Pembayaran | Jenis Penerima | Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 | Ada Akaun Bank | Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat. | |
Tiada Akaun Bank | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025 | ||
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak) | |||
Fasa 2 | Ada Akaun Bank | Penerima Sedia Ada | Mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat. |
Penerima Baharu Rayuan | Mulai 03 April 2025 secara berperingkat. | ||
Tiada Akaun Bank | Penerima Sedia Ada | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025 | |
Penerima Baharu Rayuan | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025 | ||
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak) | Penerima Sedia Ada | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025 | |
Penerima Baharu Rayuan | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025 | ||
Fasa 3 | Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa | ||
Fasa 4 | Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Pendapatan | Kadar STR 2024 | |||
Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 - 4 | Anak 1 - 2 | Anak 0 |
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 - RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
≤ RM5,000 | RM600 | |||
Bujang | ||||
≤ RM2,500 | RM600 |
Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | ||
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR 2025 |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM900 (RM100 sebulan mulai April 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM450 (RM50 sebulan mulai April 2025) |
Bujang (21-59 tahun) | RM600 (RM50 sebulan mulai Januari 2025) |
Permohonan baharu STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Sila klik di sini untuk memuat turun borang BK-01 untuk permohonan STR 2025
ii. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini untuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2025
iii. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila klik di sini untuk ke laman rasmi LHDN
Kemas kini STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Sila klik di sini untuk memuat turun borang BK-02 untuk kemaskini STR 2025
ii. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini untuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat kemaskini STR 2025
Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR; atau Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA |
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon |
|
Pasangan |
|
Anak |
|
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP
Syarat Kelayakan Suami:
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Syarat Kelayakan Isteri:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Contoh pengiraan:
i. Upah suami: RM2000.00
ii. Kadar berkanun syer pekerja: 11%
iii. Amaun caruman syer pekerja: RM220.00 (RM2,000 x 11%)
iv. Amaun pindahan ialah: RM 40.00
KWSP i-Akaun | Suami boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang. |
Self Service Terminal (SST) | Sediakan MyKad untuk pendaftaran i-Sayang di mana-mana SST. |
Pejabat KWSP | Kunjungi pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. |
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025