Program Subsidi Ujian Mamogram
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/03/2025

  • Program Subsidi Ujian Mamogram adalah sebuah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu golongan wanita yang berkelayakan untuk meneliti kesihatan payudara serta mengesan ketulan payudara di peringkat awal yang mendorong kepada kanser payudara. 

     

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Saringan Kanser Serviks
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/03/2025

  • Program Saringan Kanser Serviks adalah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi wanita yang berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan golongan wanita untuk melakukan pengesanan awal melalui ujian HPV DNA bagi mencegah berlakunya kanser serviks.
  • Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks. 

  • Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang berkelayakan.

 

Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BRPLUS - i BizLady​
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Wanita dalam PMKS serta koperasi untuk kesinambungan perniagaan dan mengurangkan isu aliran tunai
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025

  • ​Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal. 
  • Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan.
  • Tempoh permohonan bermula dari 27 Februari 2025 hingga 31 Mei 2025.
  • Program pembangunan kepimpinan wanita yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan bidang keutamaan berikut: 
    • Kepimpinan 
    • Politik 
    • Ekonomi 
    • Sosial 
    • Teknologi 
    • Perundangan 
    • Keselamatan 
    • Kesejahteraan 
    • Pendidikan 
    • Kesihatan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi iWANITA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MySMELady 2.0
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan bagi usahawan PMKS wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Wanita
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • MADANI Wanita adalah skim pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 kepada usahawan wanita bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan skim pinjaman tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 1 Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

 

  • Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

 

  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. 

 

  • SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran

 

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PERKESO

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (Dana NITA) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah.

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
Had Pembiayaan
  • RM150,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah
  • Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:
  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  3. Gabungan kedua-duanya sekali; 

     

    atau

     

  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

 

Kadar Keuntungan3.5% (Kadar Berkurangan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda