SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
  • Beras
  • Makanan Dalam Tin

    i. Contoh: Sardin, Tuna

  • Telur
  • Minuman

    i. Contoh: Susu, Teh, Kopi

  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa

    i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam

  • Tepung 
  • Produk Penjagaan Diri

    i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun

  • Roti
  • Barangan Kebersihan Rumah

    i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai

  • Biskut
  • Ubat-ubatan

    i. yang diluluskan oleh KKM

  • Mi Segera
  • Keperluan sekolah

    i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa. 

 

  • Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Tukar Nombor PinPenerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
  • Sila klik di sini untuk semakan baki SARA melalui portal rasmi MyKasih
  • Sila klik di sini untuk menyemak senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat melalui portal rasmi MyKasih 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Kewangan dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan untuk mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk mendapatkan peluang pembelajaran di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah
  • Kadar maksimum subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme adalah sebanyak RM500.00 bagi seorang kanak-kanak yang layak
  • Subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme akan dibayar secara sekaligus (one off) dalam tahun semasa.
  • Permohonan dibuka semula bermula 15 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau klik di sini untuk merujuk garis panduan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kad Pekerja MADANI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Kad Pekerja Madani merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja. Tujuannya adalah untuk memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara. 
  • Kad ini bertujuan untuk menghargai sumbangan pekerja serta meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan dan perkhidmatan.
  • Kad ini boleh digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti: 

    i. Pasaraya 

    ii. Pakaian 

    iii. Makanan dan minuman 

    iv. Perjalanan dan penginapan

  • Permohonan untuk Kad Pekerja MADANI bermula pada 15 Jun 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kad Pekerja MADANI

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Daya Kerjaya 3.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • Program Daya Kerjaya 3.0 ialah skim insentif yang diberikan kepada majikan sektor swasta, GLC dan GLIC untuk menggalakkan pengambilan pekerja daripada golongan rentan. Insentif ini ditawarkan di bawah Belanjawan 2025 bagi permohonan yang dibuat antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025, untuk pekerja baharu yang diambil bekerja mulai 1 Disember 2024.
  • Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan bekas banduan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan gaji yang lebih tinggi.
  • Insentif khas sebanyak RM600 sebulan akan diberikan selama tiga bulan kepada majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.
  • Tarikh kuat kuasa program ini adalah bermula pada 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi pengambilan pekerja mulai 1 Disember 2024
  • Tarikh akhir permohonan program ini adalah pada 31 Disember 2025 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini yang diwartakan oleh pihak Kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau klik di sini untuk cara memohon Program Dana Kerjaya 3.0

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Digital PMKS MADANI
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • Geran Digital PMKS MADANI adalah geran daripada kerajaan Malaysia untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) menggunakan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing perniagaan. 
  • Geran ini menyokong perniagaan dalam melanggan perkhidmatan digital seperti pembayaran digital, pemasaran dalam talian, dan pengurusan inventori. 
  • Penjaja yang telah menerima geran ini tidak layak untuk menerima Geran Digital Penjaja MADANI.
  • Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00 untuk setiap PMKS atau koperasi yang layak.
  • Pelbagai penyelesaian pendigitalan inovatif untuk memperkukuh perniagaan, seperti berikut:
Pemasaran Digital / PenjualanTingkatkan capaian dan jualan melalui stratergi dalam talian bersasar
Sistem Pembayaran Digital / e-POSPermudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat
Sistem Pengurusan Gaji HR / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan
Perancangan Sumber Perusahaan (ERT) / Perakaunan & Percukaian Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara lansung
Tandatangan DigitalMemastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah
IoT / Sistem PintarTingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar
Keselamatan SiberLindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program NUR: CHILLER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program NUR: CHILLER adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM250/RT (maksimum sebanyak RM75,000) kepada pemilik syarikat yang menukar chiller baharu bagi tujuan comfort cooling pada tahun 2025.
  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama dua (2) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2026.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Nur: Domestik
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Program NUR: DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.

 

  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI MADANI - BUDI Agri-Komoditi
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • BUDI Agri-Komoditi ialah sumbangan tunai Kerajaan susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Bantuan ini khusus untuk petani kecil (tanaman, akuakultur, ternakan) dan pekebun kecil (sawit, getah, koko, lada, kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  • Permohonan BUDI Agri-Komoditi adalah dibuka mulai 28 Mei 2024.
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN.
  • KPKM dan KPK akan membuat proses verifikasi secara berkala bagi memastikan hanya penerima yang layak menerima bantuan tunai.
  • Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BUDI MADANI

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI MADANI - BUDI MySubsidi Diesel
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • BUDI MySubsidi Diesel merupakan subsidi yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. 
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi telah dilaksanakan secara Projek Rintis pada 1 Februari 2024 dan perluasan Fasa II dilaksanakan bermula 7 Mac 2024.
  • Harga diesel bersubsidi adalah RM2.15/ liter bagi 23 jenis kenderaan di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).
  • 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan Fleet Card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) biarpun harga Baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter
10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam
  • Bas Sekolah 
  • Bas Ekspres 
  • Bas Henti-Henti 
  • Bas Mini 
  • Bas Pengantara 
  • Kereta Sewa 
  • Teksi 
  • Van dan Lori Mayat 
  • Ambulans 
  • Kereta Bomba
9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan
  • Lori Rigid - Kargo Am Penggerak Utama 
  • Lori Rigid - Lutoh / Kotak
  • Lori Rigid - Tangki Air
  • Lori Rigid - Minuman Botol 
  • Lori Rigid - Refrigerated 
  • Lori Rigid - Tangki Tepung 
  • Window Van 
  • Panel Van
14 Jenis Pertambahan Kenderaan Pengangkutan Barangan 
  • Lori Rigid - Custainsider 
  • Lori Rigid - Hasil Pertanian 
  • Lori Rigid - Kandang Haiwan 
  • Lori Rigid - Kombinasi 
  • Lori Rigid - Open Platform 
  • Bas Food Catering 
  • Van Food Catering
  • Lori Food Catering 
  • Lori Tangki Rigid - Minuman 
  • Semi - Panel Van 
  • Bas Perkhidmatan Bergerak 
  • Van Perkhidmatan Bergerak Lori
  • Rigid - Perkhidmatan Bergerak 
  • Lori Rigid - Sampah

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BUDI MADANI

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI MADANI - BUDI Individu
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • BUDI Individu merupakan bantuan tunai daripada Kerajaan sebagai lanjutan pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Ia ditujukan khusus kepada individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia
  • Peluasan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform MySubsidi Diesel. Platform ini membolehkan syarikat pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan darat tertentu memohon kelayakan bagi membeli diesel bersubsidi daripada syarikat minyak terpilih pada harga yang lebih rendah daripada harga pam yang ditetapkan oleh Kerajaan. 
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah sistem kawalan penggunaan diesel bersubsidi bagi mengoptimumkan kos kawalan dan penguatkuasaan di peringkat negara, diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
  • Sila klik di sini untuk mendaftar sebagai pengguna MySubsidi Diesel
  • Permohonan BUDI Individu telah dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024
  • Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Individu atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BUDI MADANI

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda