Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober 2024. Untuk fasa pertama, konsep KSM ini telah dibangunkan dengan melibatkan kiosk sedia ada oleh 6 agensi, iaitu KWSP, JPJ, SSM, MyDigitalID, TNB and Pos Malaysia dan meletakkan kiosk-kiosk ini di satu tempat yang senang diakses orang ramai seperti pusat membeli-belah.
Bagi sesetengah golongan, mereka mungkin tidak yakin membuat urusan melalui komputer/ telefon pintar atas sebab keselamatan, kelajuan internet atau keselesaan antaramuka pengguna (user interface), di mana interface kiosk lebih besar dan senang dilihat.
Perkhidmatan Kiosk yang di tawarkan:
Pengesahan Cap Ibu Jari adalah untuk e-Pengeluaran dan e-Penamaan, dan ini hanya boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk ini.
Buat masa ini, kiosk MyDigitalID menawarkan dua perkhidmatan, iaitu pendaftaran dan pembatalan MyDigitalID
Kiosk Pos Malaysia di Alamanda Putrajaya adalah kiosk ketiga Pos Malaysia yang ditempatkan di luar premis Pos Malaysia, untuk memudahkan akses kepada rakyat
Had maksimum pembayaran adalah 5 bil untuk satu transaksi pembayaran
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:
i. Demam dan Selsema
ii. Cirit Birit dan Muntah
iii. Terseliuh
iv. Sakit Kepala
v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
i. Imunisasi / Vaksin
ii. Rutin Saringan Kesihatan
iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
v. Perancangan Keluarga
vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
viii. Permintaan Suplementasi
Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
Jenis Rawatan | Had (RM) |
|
|
|
|
|
|
Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan |
|
Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.
Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
ii. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK
iii. Mereka yang layak WAJIB membuat pengistiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain
Nota: Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta semasa lawatan untuk mendapatkan rawatan, atau Mesej / SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan dijalankan.
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SEDA
Program ini dibuka kepada beberapa kategori pengguna:
i. NEM Rakyat:
ii. NEM GoMEn:
iii. NEM Nova:
Cara memohon:
i. Pelanggan perlu melantik Registered Photovoltaic Service Provider (RPVSP) untuk memasang sistem solar PV dan pihak RPVSP yang akan menguruskan permohonan NEM bagi pihak pelanggan melalui SEDA
ii. Senarai penyedia perkhidmatan boleh didapati laman rasmi SEDA MAlaysia
iii. RPVSP akan memasang sistem solar PV setelah permohonan diluluskan.
iv. Setelah pemasangan selesai, pelanggan akan menandatangani Kontrak NEM dengan TNB.
v. Penggantian meter TNB akan dilakukan untuk menyokong sambungan ke grid (Jika perlu)
vi. Pelanggan akan menerima e-mel pengesahan daripada TNB mengenai penyertaan mereka dalam program NEM.
vii. Setelah sistem diaktifkan, pelanggan boleh mula menikmati penjimatan bil melalui tenaga yang dijana sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025
Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:
i. Saringan Kesihatan PERCUMA
ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000
iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)
Syarat Kelayakan:
i. Tiada permohonan diperlukan.
ii. Kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas