- i-Saraan ialah satu skim di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025. Skim ini membolehkan individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, di samping menerima insentif tambahan daripada Kerajaan.
- Caruman i-Saraan akan diagihkan seperti berikut:
Jumlah Caruman | Akaun KWSP |
75% | Akaun Persaraan |
15% | Akaun Sejahtera |
10% | Akaun Fleksibel |
100% (usia 55 tahun dan keatas) | Akaun Emas |
Faedah | Perkara |
---|
Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa* |
Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN |
Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan |
Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini
i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP; ii. Warganegara Malaysia; iii. Belum mencapai umur 60 tahun; dan iv. Bekerja sendiri: Individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja |
- Ahli layak menerima Insentif Khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun. Rujuk ilustrasi di bawah:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Bagi Tahun Semasa | Amaun Tahunan Insentif Khas |
Ahmad | RM1,000 | RM200 |
Baba | RM2,500 | RM200 |
Kevin | RM5,000 | RM500 |
Nota: Bayaran Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada kerajaan).
- Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah Insentif Khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.
- Contoh: Abu mencarum i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.
Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
2024 | RM500 |
2025 | RM500 |
- Jumlah Insentif Khas yang terkumpul adalah RM1,000.
- Jumlah Insentif Khas i-Saraan yang masih layak untuk terima adalah RM4,000 (RM5,000 - RM1,000).
KWSP i-Akaun* | - Sila klik di sini untuk Pendaftaran i‑Saraan melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
|
Laman Web KWSP | - Sila klik di sini untuk Pendaftaran i-Saraan melalui Portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian
|
Self Service Terminal (SST)* | - Sila klik di sini untuk maklumat mengenai lokasi dan waktu operasi SST
- Sediakan MyKad
|
Pejabat KWSP | - Sila klik di sini untuk borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan / i-Suri KWSP 16G (M).
- Sediakan MyKad
|
Aplikasi Mudah Alih | - Sila klik di sini untuk pembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun
|
Perbankan Internet | |
Ejen Bank Berdaftar | - Sila klik di sini untuk pembayaran secara elektronik tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN
|
Kaunter Ejen Bank | Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2) Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: i. Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
|
Pejabat KWSP | Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2) Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: i. Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
|
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) | - Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit
- Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan |
Self-Service Terminal (SST) | - Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih. Sila klik di sini untuk lokasi SST.
|
i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun |
- Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ)