Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Contoh: Gaji bulan November 2025 Maka Bulan Caruman adalah Disember 2025 dan hendaklah dibayar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2025. Majikan dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP. |
Kategori pekerja bukan warganegara | Kadar Caruman mulai Oktober 2025 | |
Belum mencapai usia 60 tahun | Telah mencapai umur 60 tahun | |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia | Tiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11% | Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5% |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 | Tiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11% | Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5% |
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 | SM: 2%, SP: 2% | SM: 2%, SP: 2% |
Nota:
i. SM: Syer Majikan
ii. SP: Syer Pekerja
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Syarat Kelayakan:
i. Pekerja bukan warganegara Malaysia yang memiliki pas kerja yang sah (kecuali orang gaji domestik), wajib didaftarkan dan dicarum oleh majikan
ii. Berumur 75 tahun ke bawah
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Program Subsidi Ujian Mamogram adalah sebuah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu golongan wanita yang berkelayakan untuk meneliti kesihatan payudara serta mengesan ketulan payudara di peringkat awal yang mendorong kepada kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang berumur 35 - 70 tahun dengan pendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah sebulan (Subsidi Penuh)
ii. RM10,000.00 ke atas sebulan (Subsidi RM50.00) dan menepati kriteria berikut iaitu:
Nota: Wanita berumur 35-39 tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks.
Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang berkelayakan.
Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
ii. Berumur 30 - 65 tahun; dan
iii, Wanita dalam kalangan B40 dan M40.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Objektif PSSS bertujuan untuk:
Peranan PSSS adalah sebagai:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi (PSSS) atau sila rujuk Risalah (PSSS)
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Dana Kandungan Kreatif (DKD) merupakan sebuah dana yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara yang berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.
Objektif |
Menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan di pasaran tempatan dan antarabangsa |
Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif; |
Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya |
Selain syarat-syarat am di atas, syarat-syarat khusus akan ditetapkan mengikut skop & jenis dana yang akan dibuka.
Permohonan Oleh Individu:
Tidak mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan ahli perbadanan, jawatankuasa atau ahli yang mempunyai hubungan
Permohonan Oleh Syarikat:
Baki penyata kewangan terkini syarikat hendaklah sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos produksi.
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk katalog SSM