Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau (SGBF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian Dan Hijau (SGBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi pemain industri tempatan bertujuan untuk menggalakkan penerapan teknologi hijau dan kecekapan tenaga dalam kalangan pemain industri tempatan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM100,000 ~ RM10,000,00 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 25 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 2.0% setahun untuk rehat bulanan
  • Bukan PKS: 5.0% setahun untuk rehat bulanan

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Belia
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • MADANI Belia ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)

  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-CiriPenerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Skop Pembiayaan
  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Skim pembiayaan ini adalah khusus untuk masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraPenerangan

Jumlah Pinjaman :  

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

RM10,000 – RM100,000

Tempoh Bayaran Balik :

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun

Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda