Amalan Hijau (EV)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pemasangan kemudahan pengecasan EV di lokasi tumpuan bertujuan menggalak dan menyokong amalan hijau
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Dana bagi menampung keperluan perubatan dan peralatan sokongan kepada mereka yang memerlukan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL) merupakan program penyeragaman harga barang keperluan seperti gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak di Sabah, Sarawak dan Labuan (SSL) supaya menyamai harganya di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program ini telah bermula pada bulan Februari 2013.
  • Objektif pelaksanaan PPHSSL adalah seperti berikut: 

Bil

Objektif 

1

Menyeragamkan harga jualan runcit barangan keperluan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

2

Memastikan bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum mencukupi di Sabah, Sarawak dan Labuan

3

Meringankan kos sara hidup rakyat
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga telah memperkenalkan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi bermula 1 Julai 2021 dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 14 Julai 2021.
  • Logo Barang Kawalan ini diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna akan hak-hak pengguna ke atas barang kawalan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. Logo Barang Kawalan akan  digunakan pada produk tepung gandum, minyak masak dan gula (produk GMT) serta akan diperluaskan kepada barang kawalan lain dari semasa ke semasa.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan PPHSSL, sila layari Laman Rasmi KPDN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) - Laut
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak

  • kategori penerima: 

    i. Pemilik vesel perikanan Zon A

    ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat

    iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025

  • Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam (mySalam) adalah satu inisiatif kerajaan yang disediakan oleh syarikat Great Eastern Takaful di bawah Belanjawan 2025 bagi individu yang layak bertujuan untuk memberi skim perlindungan kesihatan sosial bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

    i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun 

    Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini

    ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur: 

    i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan 

    ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun

    iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun 

     

  • 50 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:

    i. Kanser

    ii. Keadaan berkaitan Jantung

    iii. Otak, Saraf dan Otot

    iv. Mata, Telinga dan Pertuturan

    v. Keadaan berkaitan Hati

    vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang

    vii. Keadaan berkaitan HIV

    viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal

    ix. Penyakit Terminal (membawa maut)

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Khairat Kematian (SKK) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 10/06/2025

  • Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan skim bantuan kewangan tunai di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan 2025. 
  • Melalui skim ini, jumlah bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak.
  • Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh Kematian

Fasa Kelulusan

Tarikh Tuntutan

01 Januari 2025 hingga 

31 Disember 2025

Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1Bermula 03 Febuari 2025
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 2Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 3Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 4Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Program i-Suri ialah skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025, bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap keluarga dan pembangunan negara. 
  • Skim ini ditawarkan kepada wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. 
  • Mereka yang layak boleh mencarum secara sukarela ke dalam KWSP dan akan menerima Insentif Khas Kerajaan sebanyak maksimum RM300 setahun, tertakluk kepada had keseluruhan sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu.
  • Faedah caruman i-Suri:

Faedah

Perkara

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Caruman i-Suri akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan (Akaun 1)

75%

Akaun Sejahtera (Akaun 2)

15%

Akaun Fleksibel (Akaun 3)

10%

  • Had caruman:

    i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

    ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Saraan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • i-Saraan ialah satu skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025, bertujuan membantu individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat simpanan bagi persaraan. 
  • Melalui skim ini, pencarum berpeluang menerima insentif khas daripada Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 
  • i-Saraan amat sesuai untuk golongan seperti pekerja sektor ekonomi gig, peniaga kecil, petani, nelayan dan mereka yang tidak dilindungi oleh caruman KWSP secara konvensional.
  • Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan kepada 20% bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal, untuk mula menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera. Namun begitu, had maksimum insentif tahunan kekal sebanyak RM500 setahun, dan RM5,000 seumur hidup atau sehingga mencapai usia 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.
  • Faedah Caruman i-Saraan:

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan Bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun
Akaun EmasBagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun
  • Had Caruman:

i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

  • Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid 

  • Bantuan Awal Persekolahan akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:

13 Januari 2025

(Sesi Persekolahan 2024 / 2025)

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4

16 Februari 2025 

(Sesi 2025 / 2026) 

Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1

1 Julai 2025

Murid Tingkatan 6 baharu
  • Bantuan ini diberikan kepada murid di sekolah seperti yang berikut:

i. Sekolah Kerajaan (SK)

ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK)

iii. Sekolah swasta

iv. Sekolah agama

v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

vi. Sekolah integriti (SI)

vii. Sekolah Henry Gurney (SHG)

viii. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

ix. Maktab Tentera Diraja (MTD)

  • BAP disalurkan oleh KPM secara berperingkat seperti yang berikut:

Sekolah

Penyaluran

Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan KerajaanMulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK Sekolah
Kolej PERMATAMulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian PERMATA
SABK yang tiada akaun KWKMulai bulan Januari tahun semasa ke BPI
Sekolah Agama dan Sekolah SwastaMulai bulan Januari tahun semasa ke akaun sekolah / pemegang amanah (trustee) / syarikat bagi sekolah
Sekolah Bimbingan Jalinan KasihMulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK sekolah
Sekolah Integriti dan Sekolah Henry GurneyMulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian Kewangan, KDN
Maktab Rendah Sains MARAMulai bulan Januari tahun semasa ke MARA tertakluk kepada pengesahan Kementerian Kewangan
Maktab Tentera DirajaMulai bulan Januari tahun semasa ke UGAT

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk kepada pengumuman rasmi berkenaan agihan Bantuan Awal Persekolahan 2025 atau klik di sini untuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2024: Bantuan Awal Persekolahan 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • SME Technology Transformation Fund (STTF) adalah program pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam semua sektor ekonomi untuk penggunaan digital dan/ atau mengaplikasi IR4.0 dalam operasi perniagaan mereka bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.

  • Tujuan pembiayaan adalah bagi pembelian peralatan dan/ atau mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkihidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktivit.

Perkara 

Penerangan 

Sektor pembiayaan
  • Perkhidmatan
  • Perkilangan
Kadar pembiayaan
  • 4.0% setahun  (termasuk yuran jaminan)
Had pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
Margin pembiayaan
  • Sehingga 80% daripada kos pemilikan 
Tempoh pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi SME Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda