Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibel

  • Skim ini menyasarkan golongan seperti: 

i. Individu yang bekerja sendiri 

ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) 

iii. Pekerja kontrak 

iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gaji

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembelian rumah pertama

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA* / MRTT* / LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -i

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, *MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

**LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
CIP SPARK
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • CIP SPARK adalah geran bersyarat yang menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum 18 bulan, khusus untuk syarikat permulaan teknologi dalam fasa pembangunan dan pra-pengkomersialan produk. Geran ini bertujuan membantu usahawan peringkat awal untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka. 
  • Penerima geran akan mendapat sokongan dalam bentuk peluang rangkaian perniagaan, pembangunan model perniagaan, pengesahan pasaran, dan akses pasaran. 
  • CIP SPARK terbuka kepada individu dan syarikat dari pelbagai peringkat pembangunan, termasuk ideasi, pembangunan prototaip, dan penambahbaikan produk. Pembayaran geran dilakukan melalui pendahuluan dan penggantian, dengan syarat penerima membayar semula jumlah yang disalurkan jika berlaku pembatalan atau mengikut terma yang ditetapkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Cradle Fund

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Mudahcara MySTI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/05/2025

  • Dana Mudahcara MySTI adalah inisiatif yang bertujuan membantu syarikat permulaan dan PKS Malaysia yang telah membangunkan teknologi mereka sendiri dan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memasuki dan mendapatkan peluang perolehan Kerajaan
PerkaraPenerangan

Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan dalam bentuk geran sebanyak 70% atau sehingga RM500,000  untuk kos projek yang diluluskan (jumlah mengikut mana-mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan

  • 3 hingga 12 bulan sehingga aktiviti perolehan Kerajaan selesai.

Instrumen Pembiayaan

  • Jumlah yang dibiayai adalah dalam bentuk geran tetapi boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada saham keutamaan selepas tempoh projek.

Skop Pembiayaan

  • Kos Pendaftaran Produk & Pematuhan Peraturan.
  • Perbelanjaan Modal (Pembelian mesin & peralatan)
  • Kos Pengeluaran (Bahan Mentah)
  • Harta Intelek.
  • Kos Pengalihan Kerja.
  • Kos Peningkatan Produk / Perkhidmatan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling oleh pihak-pihak berkuasa pelabuhan kepada pelaut tempatan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling kepada pelaut tempatan bagi meningkatkan pengetahuan & kompetensi sebagai pelaut (up-skilling) supaya memiliki sijil had pelayaran perkapalan tanpa batas (unlimited)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Keusahawanan dan Kelestarian Komuniti
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program melibatkan pembangunan bakat mahir, jaringan kerjasama, pengembangan teknologi moden & pembiayaan melalui inovasi bioteknologi yang menyokong kelestarian 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BAS.MY percuma untuk pelajar IPT
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti & matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY di bawah program SBST
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran One-off kepada Sekolah Autistik Swasta
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 10/03/2025

  • Geran one-off kepada sekolah autistik swasta yang mempunyai majoriti pelajar golongan B40 dan M40 bagi tujuan pembelian keperluan pembelajaran
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Program TVET-Tahfiz merupakan program penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dalam melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan graduan juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan tanpa mengabaikan hafazan al-Quran. Program TVET-Tahfiz menawarkan program diploma TVET dalam pelbagai bidang dan aktiviti hafazan secara serentak di 4 buah KKTM dan IKM yang terpilih.
  • Kemasukan pelajar TANPA SPM WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana seperti berikut:

    i. IKM Jasin, Melaka:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Automotif Komersial atau hubungi Ustaz Muhammad Azlin Bin Ithnain di talian 017-263-9154

    ii. IKM Besut, Terengganu:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara atau hubungi Ustaz Nor Hesham Bin Mat Jusoh di talian 016-430-6825

    iii. IKM Lumut, Perak:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kompetensi Kimpalan atau hubungi Ustaz Mohammad Faris Zufairy Bin Mazlan di talian 013-783-6413
  • Kemasukan pelajar DENGAN SPM TIDAK WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana

    i. KKTM Ledang, Johor:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai ProgramDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Am (BA) Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Bantuan Am (BA) Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
  • Kadar bayaran bagi Bantuan Am (BA) adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu. 

    ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) merupakan inisiatif perlindungan sosial yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], khusus untuk individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. 
  • Skim ini menyediakan perlindungan terhadap bencana pekerjaan, termasuk kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berlaku semasa dan akibat daripada aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk dalam perjalanan berkaitan kerja. 
  • Perlindungan di bawah skim ini berkuat kuasa serta-merta selepas caruman dibayar dan disahkan melalui resit bayaran rasmi.
  • Perlindungan SKSPS telah diperluaskan kepada 20 sektor informal berikut:

i. *Pengangkutan Barangan atau Makanan

ii. *Pengangkutan Penumpang

iii. *Penjaja

iv. Pertenakan

v. Perhutanan

vi. Perikanan

vii. Pembuatan

viii. Pembinaan

ix. Makanan

x. Perniagaan Online

xi. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan

xii. Teknologi Maklumat

xiii. Pemprosesan Data

xiv. Perkhidmatan Professional

xv. Perkhidmatan Sokongan

xvi. Kesenian

xvii. Ejen

xviii. Perkhidmatan Isi Rumah

xix. Premis Perkhidmatan

Nota: *Sektor yang dimandatorikan

 

i. Kegagalan Orang Bekerja Sendiri (OBS) berdaftar dan mencarum di bawah sektor yang telah dimandatorikan, melakukan kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

  • Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO:
Faedah Perubatan
  • Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  • Orang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.
  • Permohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951
Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. 
  • Perlu mengemukakan sijil cuti sakit. 
  • Kadar bayaran RM30.00 - RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.

    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873 

    = RM210,290.10

Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Orang Tanggungan Yang Layak:
    • Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun 
    • Jika tiada balu, duda atau anak 
      • Ibu bapa; atau
      • Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau
      • Datuk nenek
    • Duda / balu, ibu / bapa, datuk / nenek menerima faedah sepanjang hayat 
    • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal) 
    • Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan:

Pelan

Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan

Pencen Bulanan

1

RM1,050

RM1,050 x 90% = RM945

2

RM1,550

RM1,550 x 90% = RM1,395

3

RM2,950

RM2,950 x 90% = RM2,655

4

RM3,950

RM3,950 x 90% = RM3,555
Elaun Layanan Sentiasa
  • Elaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
  • Kemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma 
  • Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain. 
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain
Faedah Pendidikan
  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelan caruman: 

Pelan

Pendapatan Bulanan Pilihan Pilihan Yang Diinsuranskan

Bayaran Caruman Bulanan

Bayaran Caruman Setahun

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Jadual pengiraan bayaran faedah:

Faedah

Caruman

Pelan 1

RM13.10 sebulan / RM157.20 Setahun

Pelan 2

RM19.40 sebulan / RM232.80 setahun

Pelan 3

RM36.90 sebulan / RM442.80 setahun

Pelan 3

RM49.40 sebulan / RM592.80 setahun

Faedah Hilang Upaya SementaraRM30 sehariRM41.33 sehariRM78.67 sehariRM105.33 sehari

Faedah Hilang Upaya Kekal

(Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal dan umur OBBS tahun)

Bayaran Pukal: RM32,243.40Bayaran Pukal: RM47,579.40Bayaran Pukal: RM90,588.60Bayaran Pukal: RM121,296.60

Faedah Hilang Upaya Kekal

(Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal 100% dan umur OBBS 22 tahun)

  • Bayaran Pukal: RM32,243.40
  • Pencen berkala: RM756.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM47,597.40
  • Pencen berkala: RM1,116.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM90,588.60
  • Pencen berkala: RM2,124.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM121,296.60
  • Pencen berkala: RM2,844.00 sebulan

Faedah Orang Tanggungan

(Contoh: OBBS telah berkahwin meninggalkan balu / duda dan anak bawah 21 tahun)

RM945 sebulanRM1,395 sebulanRM2,655 sebulanRM3,555 sebulan
Faedah Pengurusan MayatRM3,000RM3,000RM3,000RM3,000
Elaun Layanan SentiasaRM500 sebulanRM500 sebulanRM500 sebulanRM500 sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda