Dana Pelaburan Industri dalam Bidang Aeroangkasa & Elektrik & Elektronik (AEEIF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Dana Pelaburan Industri Dalam Bidang Aeroangkasa Dan Elektrik & Elektronik (AEEIF) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan merangsang pelaburan dalam industri teknologi tinggi terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan termasuk adaptasi 4.0 dalam bidang aeroangkasa dan elektrik & elektronik. 

     

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah Geran
  • Aeroangkasa - Sehingga RM40,000,000
  • Elektrik & Elektronik - Sehingga RM20,000,000
Tempoh Geran
  •  Sehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan
Margin Geran
  • Sehingga 80%
Skop Geran
  • Loji perintis / prototaip 
  • Ujian pra-klinikal/ ujian klinikal/ ujian lapangan/ ujian tekanan/ ujian penerimaan pengguna; 
  • Harta Intelek (IP); 
  • Ujian dan penilaian pasaran; 
  • Pematuhan kawal selia dan piawaian; 
  • Perkhidmatan khas;
  • Bahan mentah/ bahan habis pakai; 
  • Pentadbiran; dan 
  • Teknologi/ Perolehan Harta Intelek.
Caj Pengurusan
  • 2% daripada jumlah geran yang disalurkan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi & Pemodenan (SFSAM)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan bagi syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Peluang Kedua (PEKA)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan akan terus memperhebatkan Program Peluang Kedua (PEKA) bagi mengembalikan banduan ke dalam masyarakat sebagai insan yang positif melalui program yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Peluang Kedua
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Peluang Kedua (Second Chance Financing) menawarkan penyelesaian kewangan kepada PKS yang mengalami tekanan dengan menyediakan penyelesaian terhadap kekangan aliran tunai dan mengurangkan beban perniagaan untuk terus beroperasi. Dana ini tidak hanya membantu PKS yang berpotensi untuk pulih dengan cepat dari krisis dan kembali berintegrasi dalam ekonomi, tetapi juga melindungi mereka daripada hampir ditutup atau muflis. Selain itu, dana ini memberikan sokongan kepada syarikat yang mempunyai reputasi yang baik yang ingin memperoleh ekuiti atau saham daripada PKS yang berpotensi tinggi namun mengalami kesukaran kewangan melalui pembiayaan ekuiti.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM50,000 ~ RM5,000,000 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 10 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 3.0% setahun atas baki bulanan 
Skop Pembiayaan 
  • Pembiayaan Hutang 
  1. Mesin & Peralatan 
  2. Kenderaan Komersial 
  3. Perkakasan & Perisian IT  
  • Pembiayaan Ekuiti 

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 

 

  • Kadar bayaran bagi EPOKU adalah RM450 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 2
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan kepada pra-kontrak kontraktor kecil G1 - G4 Bumiputera bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai bagi projek berskala kecil Kerajaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 1
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pendanaan/pendahuluan melibatkan jualan/pemindahan hak bayaran invois bagi vendor Kerajaan bertujuan membantu aliran tunai syarikat
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemerkasaan Rakan Muda
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program Rakan Muda bagi belia bertujuan untuk membentuk potensi dan identiti belia berjati diri
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Latihan Khidmat Negara 3.0
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Pelaksanaan secara rintis Program Latihan Khidmat Negara 3.0 di kalangan generasi muda dengan konsep baharu untuk latihan kadet
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Kebun Komuniti (Kebuniti) MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Menerus & memperluas Program Kebun Komuniti (Kebuniti) MADANI ke beberapa lokasi yang telah dikenalpasti bagi menyokong agenda keterjaminan makanan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda