icon
Image
Kewangan & Pembiayaan
Dana Pelaburan Industri dalam Bidang Aeroangkasa & Elektrik & Elektronik (AEEIF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Dana Pelaburan Industri Dalam Bidang Aeroangkasa Dan Elektrik & Elektronik (AEEIF) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan merangsang pelaburan dalam industri teknologi tinggi terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan termasuk adaptasi 4.0 dalam bidang aeroangkasa dan elektrik & elektronik. 

     

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah Geran
  • Aeroangkasa - Sehingga RM40,000,000
  • Elektrik & Elektronik - Sehingga RM20,000,000
Tempoh Geran
  •  Sehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan
Margin Geran
  • Sehingga 80%
Skop Geran
  • Loji perintis / prototaip 
  • Ujian pra-klinikal/ ujian klinikal/ ujian lapangan/ ujian tekanan/ ujian penerimaan pengguna; 
  • Harta Intelek (IP); 
  • Ujian dan penilaian pasaran; 
  • Pematuhan kawal selia dan piawaian; 
  • Perkhidmatan khas;
  • Bahan mentah/ bahan habis pakai; 
  • Pentadbiran; dan 
  • Teknologi/ Perolehan Harta Intelek.
Caj Pengurusan
  • 2% daripada jumlah geran yang disalurkan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi & Pemodenan (SFSAM)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan bagi syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Peluang Kedua
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Peluang Kedua (Second Chance Financing) menawarkan penyelesaian kewangan kepada PKS yang mengalami tekanan dengan menyediakan penyelesaian terhadap kekangan aliran tunai dan mengurangkan beban perniagaan untuk terus beroperasi. Dana ini tidak hanya membantu PKS yang berpotensi untuk pulih dengan cepat dari krisis dan kembali berintegrasi dalam ekonomi, tetapi juga melindungi mereka daripada hampir ditutup atau muflis. Selain itu, dana ini memberikan sokongan kepada syarikat yang mempunyai reputasi yang baik yang ingin memperoleh ekuiti atau saham daripada PKS yang berpotensi tinggi namun mengalami kesukaran kewangan melalui pembiayaan ekuiti.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM50,000 ~ RM5,000,000 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 10 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 3.0% setahun atas baki bulanan 
Skop Pembiayaan 
  • Pembiayaan Hutang 
  1. Mesin & Peralatan 
  2. Kenderaan Komersial 
  3. Perkakasan & Perisian IT  
  • Pembiayaan Ekuiti 

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 2
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan kepada pra-kontrak kontraktor kecil G1 - G4 Bumiputera bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai bagi projek berskala kecil Kerajaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 1
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pendanaan/pendahuluan melibatkan jualan/pemindahan hak bayaran invois bagi vendor Kerajaan bertujuan membantu aliran tunai syarikat
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS)​
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan Perusahaan Sosial ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk modal kerja dan pembelian aset khusus bagi usahawan Perusahaan Sosial (Social Enterprise, SE)

PerkaraPenerangan
Kadar Keuntungan 
  • 3.0%  untuk perusahaan mikro dan kecil atau 4.0% setahun untuk perusahaan sederhana
Amaun Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM500,000
Jaminan
  • Tiada jaminan SJPP atau CGC
Tempoh Pembiayaan
  • Pembiayaan modal pusingan: sehingga 5 tahun
  • Pembiayaan pembelian aset: sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BRPLUS - i BizLady​
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Wanita dalam PMKS serta koperasi untuk kesinambungan perniagaan dan mengurangkan isu aliran tunai
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Meringankan beban kewangan PKS yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)  merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan berkaitan pelancongan bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal 
  • Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Dibuka dari 1 Ogos 2020 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1 bilion) habis digunakan sahaja
  • Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain

 

Jenis pembiayaan
  • Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i dan Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i
Had pembiayaan
  • Untuk PKS: Sehingga RM500,000 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000
Jaminan pembiayaan
  • Untuk PKS - Jaminan sehingga 80% 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90% 
Yuran jaminan
  • 0.50% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Sumber dana
  • Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia
Kadar faedah/ keuntungan
  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memberi insentif kepada PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda