i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Program i-Suri ialah skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025, bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap keluarga dan pembangunan negara. 
  • Skim ini ditawarkan kepada wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. 
  • Mereka yang layak boleh mencarum secara sukarela ke dalam KWSP dan akan menerima Insentif Khas Kerajaan sebanyak maksimum RM300 setahun, tertakluk kepada had keseluruhan sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu.
  • Faedah caruman i-Suri:

Faedah

Perkara

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Caruman i-Suri akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan (Akaun 1)

75%

Akaun Sejahtera (Akaun 2)

15%

Akaun Fleksibel (Akaun 3)

10%

  • Had caruman:

    i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

    ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda