icon
Image
Tiada Permohonan Diperlukan
Bantuan Khas Kewangan - Pesara
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada pesara kerajaan. 

     

  • RM250 diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim KWSP yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan yang belum menerima pencen, veteran berpencen, dan veteran tidak berpencen

     

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

     

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam kerajaan. 

 

  • RM500 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.

 

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

 

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025

  • Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah satu program khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

 

  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran / buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan

 

  • Pihak Kerajaan melalui KPDN telah memperkenalkan Jualan RAHMAH MADANI secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai di segenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuklaman rasmi KPDN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/01/2025

  • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:

    i. Saringan Kesihatan PERCUMA 

    ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori) 

    iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000 

    iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL) merupakan program penyeragaman harga barang keperluan seperti gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak di Sabah, Sarawak dan Labuan (SSL) supaya menyamai harganya di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program ini telah bermula pada bulan Februari 2013.
  • Objektif pelaksanaan PPHSSL adalah seperti berikut: 

Bil

Objektif 

1

Menyeragamkan harga jualan runcit barangan keperluan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

2

Memastikan bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum mencukupi di Sabah, Sarawak dan Labuan

3

Meringankan kos sara hidup rakyat
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga telah memperkenalkan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi bermula 1 Julai 2021 dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 14 Julai 2021.
  • Logo Barang Kawalan ini diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna akan hak-hak pengguna ke atas barang kawalan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. Logo Barang Kawalan akan  digunakan pada produk tepung gandum, minyak masak dan gula (produk GMT) serta akan diperluaskan kepada barang kawalan lain dari semasa ke semasa.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan PPHSSL, sila layari Laman Rasmi KPDN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda