Sistem eKasih
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan mengenal pasti dan membantu isi rumah miskin serta miskin tegar di seluruh Malaysia, selain digunakan sebagai rujukan oleh kementerian dan agensi dalam merancang, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan.
  • Sistem eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. 
  • Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah: 

    i. Semakan status kemiskinan secara online. 

    ii. Penyelarasan maklumat bantuan. 

    iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.

    iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita. 

    v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan. 

    vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rebat Bil Elektrik RM40
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Program ini dilaksanakan untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. 
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda