Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/12/2024

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sejenis inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup

  • Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun 

  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

    BilFasaTarikh Pembayaran
    1Fasa 1Tarikh agihan akan dikemas-kini
    2Fasa 2Tarikh agihan akan dikemas-kini
    3Fasa 3      Tarikh agihan akan dikemas-kini
    4Fasa 4Tarikh agihan akan dikemas-kini
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi STR 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti
  • Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
  • Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut :
    • Mempelbagaikan dan meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
    • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif
    • Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka
    • Menyatupadukan pelbagai etnik / kaum dan agama
  • Pelbagai aktiviti / program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
    • Program keagamaan
    • Program rekreasi
    • Program terapi dan pemulihan
    • Program ceramah kesihatan
    • Latihan atau kursus yang bersesuaian

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi PAWE

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

  • Kadar bayaran BWE: RM600 sebulan seorang

 

Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga  

  • Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025 bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

     

  • Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah: RM200 sebulan seorang 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (RM)

Umur

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

RM1000

Maksimum untuk keluarga

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 bagi semua rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had
  • Lembah Klang : Pas My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL, LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
  • Pulau Pinang : Pas Mutiara My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
  • Kuantan : Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Pas Bulanan My50 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Rebat Bil Elektrik
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar adalah suatu program bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah yang berstatus miskin tegar melalui pemberian rebat bil elektrik bulanan sehingga RM 40
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi PETRA 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SPS Padanan Caruman
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • SPS Padanan Caruman adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS).
  • Skim ini membolehkan OBS mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2024.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad PERKESO.
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci: 

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan 90%

Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%)

Pelan 2 

(RM232.80) 

RM209.50

RM23.30

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi SPS padanan caruman

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 

 

Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda