Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

  • Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah: RM200 sebulan seorang 

 

Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.
  • Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori Penerima

Kadar Sumbangan

Tempoh Pelaksanaan

Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih
  • RM1,200
    • Semenanjung - RM100 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan - Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun
  • Semenanjung* - Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)
  • Sabah, Sarawak & WP Labuan - 19 Februari 2024 (Isnin) & mulai September 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

 

*Nota: Rujuk tab "Cara Memohon" bagi perincian tarikh mengikut negeri di Semenanjung 

Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih 
  • RM600
    • Semenanjung - RM50 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan - Bayaran RM300 disalurkan 2 kali setahun
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih 

RM300

Bayaran akan dibuat berperingkat mengikut kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 9 December 2024 (Isnin)
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih

RM150

  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin) & mulai September 2024 
  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Khairat Kematian (SKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi pemohon / pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa
  • Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2024 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

  • Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang

 

Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Bantuan penjagaan OKU terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi memelihara kebajikan golongan OKU terlantar / sakit terlantar / sakit kronik, dengan meringankan bebanan keluarga / penjaga serta menggalakkan keluarga / penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar / sakit terlantar / sakit kronik
  • Kadar bagi BPT ialah sebanyak RM500 sebulan seorang 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar (BPT)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen B2
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Program MyLesen B2 adalah sebuah subsidi bayaran latihan, ujian & lesen motosikal B2 di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi golongan B40 bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan isi rumah. 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah sebuah insentif di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil yang bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara
  • Mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah. Bagi IPG lateks, ia akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada RM0.90 sekilogram lateks 100% kandungan getah kering (KGK).

 

Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Tunai Pesawah
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Bantuan tunai untuk tempoh tiga bulan atau semusim bagi pesawah padi bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Am Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Am Persekutuan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti
  • Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut: 

    i. Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang

    ii. Maksimum sebanyak RM350 sebulan sekeluarga

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 

 

Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda