- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan memelihara kebajikan golongan OKU terlantar, pesakit terlantar, atau pesakit kronik, dengan meringankan beban keluarga atau penjaga. Selain itu, ia juga menggalakkan keluarga atau penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang memerlukan.
- Kadar bayaran bagi BPT adalah sebanyak RM500 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar; atau iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau iv. Sekiranya OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; ATAU vi. Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga.
- Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila klik di sini untuk ke laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad / MyKid OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar / Pesakit Kronik Tidak Terlantar;
- Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Surat / Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akuan pendapatan daripada Penghulu / Penggawa / Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
- Laporan siasatan pegawai JKM menunjukkan yang dijaga adalah terdiri dari OKU terlantar / pesakit terlantar;
- Pengesahan rawatan dari Pakar / Pegawai Perubatan Kerajaan / Swasta yang berdaftar (tempoh minimum rawatan secara berterusan tidak kurang 3 bulan bagi pesakit kronik tidak terlantar) menggunakan Borang Pengesahan Perubatan di Lampiran 5 atau lain-lain bentuk pengesahan yang bersesuaian. Tempoh sah laku bagi Surat Pengesahan tidak melebihi dua (2) tahun;
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
|
- Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran OKU
|