Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

Kemudahan pengangkutan bagi warga emas yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan 

Skim Takaful Tanaman Padi
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Penyasaran Subsidi Elektrik
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Penyasaran Semula Subsidi Elektrik Pengguna Domestik adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sarawak Energy (SE) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan Sarawak di bawah pelarasan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bertujuan untuk meringankan beban rakyat.
  • Penyasaran semula ini akan dilaksanakan untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

 

Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 

  • Inisiatif ini dilaksanakan secara bersasar seperti berikut:

Perkara

Semenanjung Malaysia

Kulim Hi-Tech Park, Kedah

Sabah & WP Labuan

Pelarasan Tarif Elektrik

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kWj dan ke bawah (≤600 kWj) kekal menerima rebat 2 sen/kWj;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj (>600 kWj - ≤1,500 kWj) tidak dikenakan surcaj; dan
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj), surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) tidak sebarang surcaj;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) kekal menerima surcaj ICPT;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj

 

Sarawak

  • Bagi pengguna di Sarawak, inisiatif ini adalah di bawah diskaun elektrik “Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)”. Maklumat pelaksanaan inisiatif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Sarawak Energy (SE)

     

Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Penjawat Awam – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) adalah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan.
  • BKKA untuk tahun 2023 sebanyak RM700 akan disalurkan kepada penjawat awam termasuk lantikan kontrak yang layak*
  • Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam bagi tahun 2023 telah diubah daripada  17 April 2023 kepada 14 April 2023
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (27) atau layari Laman Rasmi JPA

     

    *Nota: Sila semak kriteria kelayakan di butang "Kelayakan" 

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 
  • Kadar bayaran bagi EPOKU adalah RM450 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Seniors Back In Action (SEBA)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Inisiatif bagi memperkasa warga emas dan pesara berumur 60 tahun ke atas yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan latihan semula yang berkaitan
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bertujuan melahirkan lebih ramai tokoh korporat dalam kalangan wanita
Program Celik MADANI
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji.

 

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  

Jenis Pembiayaan  

Pinjaman / Pembiayaan bertempoh  

Tempoh Pembiayaan  

Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA /MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah/Keuntungan  

Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

 

  • Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00.

  

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

LTHO: Long Term House owner’s Takaful  

Bantuan Am Persekutuan (BA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025

  • Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
  • Kadar bayaran bagi Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu. 

    ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat