Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula(TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 26/05/2025

  • Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) adalah dua inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil sawit meningkatkan pengeluaran hasil dan memperbaiki infrastruktur pertanian mereka

 

  • TSPKS bertujuan untuk memberikan pembiayaan mudah kepada pekebun kecil sawit bagi tujuan menanam semula pokok sawit yang sudah tua atau tidak produktif. Program ini memberikan kemudahan pinjaman yang lebih rendah kadar faedahnya, bagi memastikan pekebun kecil dapat menggantikan pokok sawit yang telah mencapai usia maksimum pengeluaran dengan tanaman baru yang lebih produktif

 

  • IPPKS pula bertujuan untuk menyediakan bantuan input pertanian seperti baja, racun, alat dan mesin pertanian kepada pekebun kecil sawit. Ini untuk meningkatkan hasil pengeluaran sawit dengan memastikan bahawa pekebun kecil mempunyai akses kepada sumber yang diperlukan untuk menguruskan ladang mereka dengan lebih baik.

 

  • Kelebihan Permbiayaan:
    • Kadar keuntungan pembiayaan serendah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan
    • Jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM91,000 dan RM16,250 masing-masing untuk TSPKS dan IPPKS
    • Tempoh pembiayaan yang panjang iaitu maksimum 12 tahun (bagi TSPKS) dan 2 tahun (bagi IPPKS)
    • Banyaran ansuran bagi skim TSKPS hanya bermula pada bulan ke-49 (usia sawit 5 tahun)
    • Had keluasan untuk pembiayaan sehingga maksimum 6.5 hektar

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Agrobank

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Peningkatan Produktiviti Lateks Pekebun Kecil (PROTEKS)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

Geran padanan bagi menggalakkan pekebun kecil getah menghasil getah lateks untuk memenuhi keperluan industri dan mengurangkan import lateks negara

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 19/03/2025

  • Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i) adalah pembiayaan untuk pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil. Produk ini dilaksanakan berdasarkan transaksi tawarruq 

 

  • Kemudahan pembiayaan untuk: 

    i. Penanaman Semula; atau 

    ii. Penambahan Kawasan Tanaman Sedia Ada

 

  • Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri berikut. Sebagai contoh:
Jumlah Pembiayaan
  • RM 50,000
 Tempoh Pembiayaan
  • 10 tahun atau 120 bulan
Kadar Keuntungan
  • *9.00% setahun atas baki bulanan

Nota: Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) (7.00%) + 2.0%. KABP tertakluk kepada perubahan semasa.

 

  • Yuran dan caj lain: 
Duti Setem
  • Seperti di dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989)
Caj Guaman & Pembayaran 
  • Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan / muflis dan caj-caj lain yang berkaitan. 
Sumbangan Takaful
  • Tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang diberikan
Caj pembrokeran / perdagangan
  • Caj Pembrokeran/ Perdagangan untuk setiap transaksi Tawarruq adalah RM7 bagi setiap juta nilai pembelian komoditi.

 

 Nota: Apa-apa perubahan pada fi dan caj yang berkaitan akan di buat secara bertulis oleh Bank.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Agrobank atau lembaran maklumat Sawit-i

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda