Insentif Geran Padanan Ikhsan (GAPAI)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Peluasan kriteria pemberian geran padanan sehingga RM5,000 ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN bagi pelajar* yang melanjutkan pengajian di IPTA 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Tenang
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025

  • Skim Perlindungan Tenang adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyediakan produk perlindungan insurans atau takaful yang mudah, murah, dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

 

  • Matlamat utama Skim Perlindungan Tenang adalah untuk meningkatkan tahap perlindungan kewangan kepada golongan yang kurang mampu atau tidak memiliki insurans perlindungan sebelum ini.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MyCoverage
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Celik MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan membantu 15,000 golongan kurang berkemampuan, terutamanya pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan belia B40, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) secara percuma. 
  • Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen. 
Matlamat program
  • Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan
  • Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya
  • Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BAS.MY percuma untuk pelajar IPT
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti & matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY di bawah program SBST
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Program TVET-Tahfiz merupakan program penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dalam melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan graduan juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan tanpa mengabaikan hafazan al-Quran. Program TVET-Tahfiz menawarkan program diploma TVET dalam pelbagai bidang dan aktiviti hafazan secara serentak di 4 buah KKTM dan IKM yang terpilih.
  • Kemasukan pelajar TANPA SPM WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana seperti berikut:

    i. IKM Jasin, Melaka:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Automotif Komersial atau hubungi Ustaz Muhammad Azlin Bin Ithnain di talian 017-263-9154

    ii. IKM Besut, Terengganu:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara atau hubungi Ustaz Nor Hesham Bin Mat Jusoh di talian 016-430-6825

    iii. IKM Lumut, Perak:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kompetensi Kimpalan atau hubungi Ustaz Mohammad Faris Zufairy Bin Mazlan di talian 013-783-6413
  • Kemasukan pelajar DENGAN SPM TIDAK WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana

    i. KKTM Ledang, Johor:

    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) 
    • Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai ProgramDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah
  • Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.
  • Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KVRM70.00 sebulan x 12 bulan
Tingkatan 5 dan Tahun 1 KVRM70.00 sebulan x 11 bulan
Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains)RM110.00 sebulan x 7 bulan
Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains)RM110.00 sebulan x 11 bulan
Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)RM90.00 sebulan x 7 bulan
 Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera)RM90.00 sebulan x 11 bulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan inisiatif di bawah Payung RAHMAH yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Belanjawan 2025, bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta merancakkan ekonomi sektor peruncitan setempat.
  • Program ini menawarkan penjimatan harga antara 10% hingga 30% ke atas pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan penjagaan diri, pembersihan rumah, lampin pakai buang, keperluan sekolah, ubat-ubatan serta barangan makanan dan bukan makanan yang lain. 
  • PJRM dilaksanakan sepanjang tahun 2025 melibatkan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara, khususnya di kawasan berpendapatan rendah dan merangkumi 222 kawasan Parlimen. 
  • Program ini turut diperluas melalui pendekatan Jualan Rahmah MADANI Mobile, menggunakan lori pikap, van dan kenderaan bergerak lain bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati hingga ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman di seluruh pelosok negara.
  • Terdapat tiga (3) model pelaksanaan PJRM, antaranya:

    Model Pelaksanaan Di Dalam Premis
    • Model sedia ada oleh premis / pasaraya.
    • Menggunakan jenama dan logo Jualan RAHMAH MADANI. 
    • Pelaksanaan berdasarkan inisiatif premis / pasaraya sendiri. 
    • Kadar diskaun yang diberikan tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara Premis dan Kerajaan
    Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis
    • Salah satu pilihan model pelaksanaan tetapi bukan keutamaan. 
    • Hanya dilaksanakan berdasarkan keperluan tertentu / khas sahaja.
    • Meminimakan kos-kos berkaitan logistik, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan.
    Model Pelaksanaan Secara Bergerak
    • Secara bergerak dengan menggunakan lori / trak yang bersesuaian yang membawa barangan keperluan harian terpilih ke kawasan berkenaan. 
    • Dilaksanakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan premis peruncitan yang sesuai bagi melaksanakan Jualan RAHMAH MADANI.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah bantuan khusus di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperbaiki kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan murid sekolah rendah, khususnya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. 
  • Setiap murid yang menerima manfaat ini turut dibekalkan sekotak susu sebagai tambahan dalam diet harian. 
  • Bekalan makanan disediakan pada setiap hari persekolahan, dengan maksimum 190 hari setahun. 
  • Menu RMT ditetapkan oleh KPM berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan sekolah boleh memilih daripada 20 menu yang disediakan. 
  • Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan setiap hari persekolahan, berbanding hanya dua kali seminggu sebelum ini.
  • Kadar bantuan:
 Semenanjung MalaysiaRM3.50 seorang murid / hari
Sarawak, Sabah dan W.P. LabuanRM4.00 seorang murid / hari

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Buku Panduan Pengurusan Program Rancangan Makanan Tambahan 2.0

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda