- Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal.
- Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan.
- Tempoh permohonan bermula dari 27 Februari 2025 hingga 31 Mei 2025.
- Program pembangunan kepimpinan wanita yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan bidang keutamaan berikut:
- Kepimpinan
- Politik
- Ekonomi
- Sosial
- Teknologi
- Perundangan
- Keselamatan
- Kesejahteraan
- Pendidikan
- Kesihatan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi iWANITA
Cara memohon:
- LANGKAH 1 : Sila baca dengan teliti dan fahami Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan PERANTIS.
- LANGKAH 2: Muat turun dan lengkapkan semua dokumen yang diperlukan terlebih dahulu sebelum mengisi dan menghantar borang permohonan.
- Senarai Keperluan Dokumen (Pemohon individu/ tokoh wanita):
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Kertas cadangan pelaksanaan program.
- Resume lengkap* beserta dokumen sokongan (sijil/ pengiktirafan).
- Penyata akaun bank.**
- Video ringkas tentang pelaksanaan program (Maksimum durasi : 5 minit)
- Senarai Keperluan Dokumen (Pemohon organisasi):
- Salinan kad pengenalan pengerusi. Salinan kad pengenalan setiausaha.
- Salinan sijil pendaftaran (ROS/ SSM/ etc.).
- Penyata e-roses (wajib bagi NGO yang berdaftar di bawah ROS).
- Borang maklumat pertubuhan yang berdaftar di bawah selain ROS.
- Kertas cadangan pelaksanaan program.
- Resume lengkap* tokoh wanita beserta dokumen sokongan (sijil/ pengiktirafan).
- Penyata akaun bank.**
- Laporan tahunan organisasi.
- Video ringkas tentang pelaksanaan program (Maksimum durasi : 5 minit).
Nota:
i. *Maklumat dalam resume: Gambar, maklumat peribadi, akademik, pengalaman kerjaya, kepakaran, pencapaian, sumbangan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
ii. **Penyata akaun bank adalah bagi tujuan penyaluran peruntukan. Digalakkan untuk menggunakan akaun bank yang berasingan bagi memudahkan proses pelaporan dan audit.
Peringatan: Bagi permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati daripada urus setia. Senarai keperluan dokumen adalah sama seperti senarai di atas.
- LANGKAH 3: Fail dokumen ini perlu dalam format pdf dan dinamakan (rename) mengikut jenis dokumen seperti senarai keperluan dokumen di bawah. Contoh: Salinan kad pengenalan pengerusi, resume tokoh dan seterusnya. Kemudian semua dokumen ini perlu diletakkan dalam satu (1) folder dan dinamakan (rename) sebagai nama pemohon mengikut kategori sama ada individu atau organisasi. Contoh: Pertubuhan Wanita Hebat, Tan Sri Rosmona dan sebagainya.
- LANGKAH 4: Fail dokumen ini perlu dalam format pdf dan dinamakan (rename) mengikut jenis dokumen seperti senarai keperluan dokumen di bawah. Contoh: Salinan kad pengenalan pengerusi, resume tokoh dan seterusnya.
- Kemudian semua dokumen ini perlu diletakkan dalam satu (1) folder dan dinamakan (rename) sebagai nama pemohon mengikut kategori sama ada individu atau organisasi. Contoh: Pertubuhan Wanita Hebat, Tan Sri Rosmona dan sebagainya.
- LANGKAH 5: Folder yang lengkap tadi perlu dimuat naik ke Google Drive (akaun masing-masing).
- Kongsikan (share) folder Google Drive tersebut dengan tetapan berikut:
- Share > General access > Anyone with the link > Viewer
- Settings > ✅ Viewers and commenters can see the option to download, print, and copy.
- Salin (copy) pautan Google Drive tersebut untuk diisikan di bahagian akhir borang permohonan.
- LANGKAH 6: Lengkapkan borang permohonan dan pastikan pautan Google Drive tadi diisi di bahagian akhir borang permohonan.
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel [email protected]