Persediaan Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Aktiviti dan promosi pelancongan mengutamakan pasaran yang berimpak tinggi, mempertingkatkan penjenamaan Malaysia Truly Asia dan Cuti-cuti Malaysia
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)  merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan berkaitan pelancongan bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal 
  • Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Dibuka dari 1 Ogos 2020 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1 bilion) habis digunakan sahaja
  • Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain

 

Jenis pembiayaan
  • Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i dan Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i
Had pembiayaan
  • Untuk PKS: Sehingga RM500,000 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000
Jaminan pembiayaan
  • Untuk PKS - Jaminan sehingga 80% 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90% 
Yuran jaminan
  • 0.50% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Sumber dana
  • Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia
Kadar faedah/ keuntungan
  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Mempromosi Makanan Warisan Malaysia
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program bersifat komuniti bagi membantu menambah pendapatan penggiat seni melalui aktiviti seni, budaya dan warisan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Penyemarakan Seni Budaya
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program bersifat komuniti bagi membantu menambah pendapatan penggiat seni melalui aktiviti seni, budaya dan warisan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program latihan kemahiran kraftangan bagi membangunkan komuniti kraf baharu
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) merupakan satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui Belanjawan 2025 bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program / acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri. 
  • Medium peruntukan GSSP adalah secara tuntutan bayaran semula (reimbursement)
  • Permohonan dibuka pada 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 atau tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa (Permohonan dibuat sebelum program / acara dilaksanakan)
  • Penganjuran selepas 31 Disember 2025 adalah TIDAK DIBENARKAN
  • Siling Peruntukan: 

    i. Program diberi pertimbangan dan kelulusan dengan siling masimum sebanyak RM1,000,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU JUTA SAHAJA).

    ii. Jawatankuasa berhak menentukan ciri dan aspek yang ingin disokong / diluluskan di dalam kertas cadangan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program / acara SAHAJA.

    iii. Tourism Malaysia turut menyediakan geran bagi pelaksanaan program berskala besar oleh penganjur dengan konsep program yang menarik dan hanya permohonan yang benar-benar layak dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh sahaja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kelulusan sewajarnya.

    iv. Keputusan kelulusan jumlah geran adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Tourism Malaysia adalah tidak dipertanggungjawab di atas apa-apa kerugian oleh penganjur.

 

Nota: Tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Tourism atau Garis Panduan GSSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) ialah geran padanan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) di bawah Belanjawan 2025 bagi industri pelancongan bertujuan untuk merancakkan aktiviti pelancongan.

 

  • Kategori Permohonan dan Siling Peruntukan:

     

    i. Penyertaan dalam Pameran Pelancongan (Travel Fairs / Exhibitions):

     

     

    Aktiviti / Program

    Siling Peruntukan

    Fizikal

    Dalam Talian

    International / Malaysia

    Travel Fairs / Exhibitions (Malaysia)

    RM40,000RM20,000
    International Travel Fairs / Exhibitions (Luar Negara)RM60,000RM20,000

     

     

    ii. Penyertaan di dalam Misi Jualan (Tourism Sales Mission / Roadshows):

     

    Aktiviti / Program

    Siling Peruntukan

    Fizikal

    Dalam Talian

    • Anjuran TM
    • Anjuran Pihak Lain

      i. Kementerian / Jabatan Kerajaan/Kerajaan Negeri

      ii. Persatuan / Penggiat Industri

      iii. Badan Profesional

    • Malaysia: RM40,000
    • Luar Negara: RM60,000
    RM20,000

     

    iii. Penganjuran Seminar / Webinar Pelancongan, Seni & Budaya:

     

    Aktiviti / Program

    Siling Peruntukan

    Fizikal / Dalam Talian

    Seminar Pelancongan
    • Malaysia: RM50,000
    • Luar Negara: RM100,000
    Webinar
    • RM5,000

     

    iv. Penganjuran Lawatan Suai Kenal Pelancongan (FAMTRIP):

     

    Aktiviti / ProgramSiling Peruntukan
    Program Suai Kenal / FAMTRIP
    • Malaysia: Berdasarkan jumlah peserta 

      i. 1-10 peserta (RM50,000)

      ii. 11 - 20 peserta (RM80,000)

      iii. 21 peserta ke atas (RM100,000)

     

     

    v. Hebahan Video (Melalui Platfom /  Medium Dalam Talian) Online:

     

    Aktiviti / Program

    Siling Peruntukan

    Hebahan video promosi pelancongan melalui platfom atau medium dalam talian (Online)RM50,000

     

    vi. Penyertaan di dalam Aktiviti Promosi Seni & Budaya:

     

    Aktivitii / Program

    Siling Peruntukan

    Fizikal

    International / Malaysia Travel Fairs / Exhibitions (Malaysia)RM40,000
    International Travel Fairs / Exhibitions (Luar Negara)RM60,000

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Tourism dan Garis Panduan GAMELAN
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah sebuah geran padanan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) bagi menyemarakkan program / aktiviti / acara sosial, budaya dan warisan ke arah penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026.

 

  • Permohonan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2025 telah dibuka mulai 15 Januari 2025 hingga 30 November 2025, tertakluk kepada peruntukan semasa.

 

  • Bentuk program / aktiviti / acara seni, budaya dan warisan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

    i. Pameran / Ekspo / Festival;

    ii. Pementasan / Persembahan / Konsert;

    iii. Pertandingan

    iv. Persidangan / Seminar / Bengkel / Simposium / Kolokium;

    v. Penerbitan / Rakaman / Pendokumentasian / Pendigitalan; dan 

    vi. Program-program lain seumpamanya yang diperaku oleh MOTAC

     

  • Bidang-bidang seni, budaya dan warisan seperti dinyatakan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) seperti berikut:

    i. Warisan:

    • Bahasa dan kesusasteraan
    • Gastronomi
    • Seni mempertahankan diri
    • Perayaan dan festival
    • Kraf tangan
    • Busana Tradisional
    • Pertukangan
    • Penulisan

     

    ii. Seni:

    • Seni visual seperti catan, karya atas kertas, arca, objek seni dan media baru
    • Seni persembahan seperti musik, tari dan teater sama ada tradisional atau kontemporari

     

    iii. Media:

    • Dokumentari cetak dan elektronik seperti buku, akhbar dan lain-lain penerbitan;
    • Audio visual pendek untuk tujuan promosi perlancongan, seni budaya dan warisan 
    • Contoh: 
      • Senarai Objek Warisan: 

        i. Objek Warisan Ketara

        ii. Objek Warisan Tidak Ketara

      • Pengiktirafan Peringkat Dunia:

        i. Tapak Warisan Dunia (World Heritage Sites - WHS)

        ii. Warisan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage - ICH)

        iii. Pengiktiraf Dokumentari dan Dokumentasi Warisan (Memorial of the World - MoW)

      • Lain-lain kandungan yang berkaitan seni, budaya dan warisan

     

    iv. Penciptaan:

    • Rekaan seperti busana, fesyen, kraf, aksesori dan rekaan dalaman (elemen seni, budaya dan warisan tempatan)

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda