Program Permata Negara
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • Program PERMATA Negara merupakan program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (ADAKK) yang holistik dan menyeluruh, khusus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun. Ia merupakan inisiatif Kerajaan yang kini diselaraskan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
  • Program ini memberi fokus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui penyediaan pendidikan, penjagaan dan rangsangan awal yang berkualiti. 
  • Antara ciri utama Program PERMATA Negara ialah:
  • i. Kurikulum holistik dan bersepadu Mengintegrasikan asas asuhan yang lengkap dengan pendidikan awal yang menyeluruh bagi menyokong perkembangan fizikal, emosi, sosial, rohani dan intelek kanak-kanak.

    ii. Pendekatan pedagogi "belajar melalui bermain" Kanak-kanak digalakkan meneroka, berimaginasi dan belajar secara aktif dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat.

    iii. Konsep 3E: Exploring, Experimenting & Experiencing 

    • Exploring (Meneroka): Kanak-kanak menerokai persekitaran mereka dengan bebas dan selamat. 
    • Experimenting (Mengeksperimen): Diberi peluang mencuba aktiviti secara aktif untuk membina kefahaman. 
    • Experiencing (Mengalami): Melalui pengalaman secara langsung yang membantu pembelajaran lebih berkesan.

    iv. Kolaborasi erat bersama ibu bapa Program ini turut menekankan penglibatan aktif ibu bapa dalam proses perkembangan anak melalui kerjasama bersama pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN). 

  • Dengan tenaga pengajar yang terlatih dan persekitaran pembelajaran yang kondusif, Program PERMATA Negara berperanan penting dalam membentuk asas kukuh kepada generasi masa depan negara.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
  • Beras
  • Makanan Dalam Tin

    i. Contoh: Sardin, Tuna

  • Telur
  • Minuman

    i. Contoh: Susu, Teh, Kopi

  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa

    i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam

  • Tepung 
  • Produk Penjagaan Diri

    i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun

  • Roti
  • Barangan Kebersihan Rumah

    i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai

  • Biskut
  • Ubat-ubatan

    i. yang diluluskan oleh KKM

  • Mi Segera
  • Keperluan sekolah

    i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa. 

 

  • Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Tukar Nombor PinPenerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
  • Sila klik di sini untuk semakan baki SARA melalui portal rasmi MyKasih
  • Sila klik di sini untuk menyemak senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat melalui portal rasmi MyKasih 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Kewangan dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan untuk mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk mendapatkan peluang pembelajaran di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme yang bertauliah
  • Kadar maksimum subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme adalah sebanyak RM500.00 bagi seorang kanak-kanak yang layak
  • Subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme akan dibayar secara sekaligus (one off) dalam tahun semasa.
  • Permohonan dibuka semula bermula 15 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau klik di sini untuk merujuk garis panduan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sistem eKasih
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan mengenal pasti dan membantu isi rumah miskin serta miskin tegar di seluruh Malaysia, selain digunakan sebagai rujukan oleh kementerian dan agensi dalam merancang, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan.
  • Sistem eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. 
  • Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah: 

    i. Semakan status kemiskinan secara online. 

    ii. Penyelarasan maklumat bantuan. 

    iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.

    iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita. 

    v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan. 

    vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
National Training Week (NTW) 2025
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025

  • National Training Week (NTW) 2025 merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Jun 2025 dengan tema "Learning Beyond Borders" dan untuk pertama kalinya, NTW dibuka kepada semua warganegara ASEAN, menawarkan lebih 65,000 peluang latihan percuma di seluruh negara dan dalam talian
  • Program ini bertujuan untuk memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran dalam kalangan rakyat Malaysia serta negara-negara ASEAN.
  • Tumpuan dan Bidang Utama: 
    • Kemahiran Hidup: Pembangunan Diri dan Pencapaian Peribadi. Klik di sini untuk maklumat lanjut
    • Kemahiran Masa Depan: Pembangunan Diri dan Pencapaian Peribadi. Klik di sini untuk maklumat lanjut
    • Pembangunan Mampan: Pembangunan Diri dan Pencapaian Peribadi. Klik di sini untuk maklumat lanjut
    • Kewangan: Pembangunan Diri dan Pencapaian Peribadi. Klik di sini untuk maklumat lanjut
    • Kreativiti dan Inovasi: Pembangunan Diri dan Pencapaian Peribadi. Klik di sini untuk maklumat lanjut

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi National Training Week (NTW) atau klik di sini untuk rujuk manual pengguna

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Nur: Domestik
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • Program NUR: DOMESTIK merupakan inisiatif oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang dijenamakan semula daripada Program SAVE, bertujuan menggalakkan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga dalam kalangan isi rumah domestik serta diperluas kepada industri, komersial dan PMKS. 
  • Melalui program ini, pengguna domestik layak menerima e-Rebat sehingga RM400 (iaitu RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS)). 
  • Objektif program ini adalah:

i. Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;

ii. Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;

iii. Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;

iv. Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan

v. Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

  • Platform e-Dagang bagi pengguna domestik membuat tuntutan e-Rebat secara atas talian adalah:

i. Shopee,

ii. Lazada,

iii. Tiktok Shop, 

iv. PGMall

v. Youbeli

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia dengan klik di sini 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan rawatan pesakit kanser
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Pengukuhan rawatan pesakit kanser dengan rawatan terapi sasaran (Targeted Therapy) di hospital-hospital KKM
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Peluasan rawatan Dialisis Peritoneal
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penyasaran subsidi petrol RON95
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Penyasaran subsidi petrol RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penyasaran Subsidi Elektrik
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Penyasaran semula subsidi elektrik untuk pengguna domestik yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sarawak Energy (SE) di Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park, Kedah, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, dan Sarawak, di bawah pelarasan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), bertujuan untuk meringankan beban rakyat

 

  • Penyasaran semula ini akan dilaksanakan untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025

 

Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 

  • Inisiatif ini dilaksanakan secara bersasar seperti berikut:

Perkara

Semenanjung Malaysia

Kulim Hi-Tech Park, Kedah

Sabah & WP Labuan

Pelarasan Tarif Elektrik

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kWj dan ke bawah (≤600 kWj) kekal menerima rebat 2 sen/kWj;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj (>600 kWj - ≤1,500 kWj) tidak dikenakan surcaj; dan
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj), surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) tidak sebarang surcaj;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj

Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM)

  • Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) kekal menerima surcaj ICPT;
  • Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj

 

 

Sarawak

  • Bagi pengguna di Sarawak, inisiatif ini adalah di bawah diskaun elektrik “Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)”. Maklumat pelaksanaan inisiatif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda