Cari jawapan, hubungi agensi, atau lapor penipuan dalam beberapa klik.
Jawapan untuk soalan paling kerap ditanya tentang bantuan kerajaan dan penggunaan portal.
Portal Manfaat merupakan portal sehenti yang dibangunkan oleh Kementerian Kewangan bagi menyediakan maklumat mengenai pelbagai bantuan, insentif, program dan inisiatif Kerajaan yang tersedia untuk rakyat dan perniagaan.
Portal ini memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan manfaat yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing melalui satu platform.
Portal Manfaat boleh digunakan oleh semua pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai bantuan dan inisiatif Kerajaan, termasuk:
Portal Manfaat menyediakan maklumat mengenai pelbagai kategori bantuan dan inisiatif seperti:
Anda boleh menggunakan Semak Kelayakan di Portal Manfaat untuk mendapatkan senarai bantuan yang sepadan dengan profil anda.
Anda juga boleh menggunakan Cari Bantuan untuk mencari mengikut nama bantuan, atau menapis mengikut kategori manfaat, kategori, status dan agensi pelaksana.
Tidak. Kaedah pelaksanaan bergantung kepada inisiatif berkenaan.
Sesetengah bantuan memerlukan permohonan, manakala terdapat juga bantuan yang diberikan secara automatik kepada penerima yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Sila semak bahagian Cara Mohon pada halaman inisiatif berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Syarat kelayakan adalah berbeza bagi setiap bantuan atau inisiatif.
Anda boleh merujuk bahagian Kelayakan pada halaman inisiatif yang dipilih untuk mengetahui kriteria yang ditetapkan oleh kementerian atau agensi pelaksana.
Kaedah permohonan bergantung kepada bantuan atau program yang dipilih.
Sekiranya permohonan diperlukan, maklumat dan pautan berkaitan akan disediakan di bahagian Cara Mohon pada halaman inisiatif tersebut.
Permohonan mungkin perlu dibuat melalui portal atau sistem rasmi kementerian atau agensi yang bertanggungjawab.
Tidak semestinya.
Portal Manfaat berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat mengenai bantuan dan inisiatif Kerajaan. Bagi sesetengah inisiatif, pengguna akan diarahkan ke portal rasmi kementerian atau agensi pelaksana untuk membuat permohonan atau semakan.
Klik butang Mohon Sekarang pada halaman bantuan untuk ke saluran permohonan rasmi agensi berkenaan.
Tidak. Portal Manfaat boleh digunakan secara percuma untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai bantuan, inisiatif, insentif dan program Kerajaan.
Tidak. Anda boleh melayari Portal Manfaat, mencari bantuan dan menggunakan Semak Kelayakan tanpa log masuk.
Portal Manfaat tidak memerlukan pendaftaran akaun. Gunakan Semak Kelayakan untuk melihat bantuan yang bersesuaian dengan maklumat dan kelayakan anda.
Status “Permohonan Dibuka” menunjukkan bahawa bantuan atau program tersebut sedang menerima permohonan tertakluk kepada tempoh dan syarat yang ditetapkan oleh kementerian atau agensi pelaksana.
Status “Akan Datang” menunjukkan bahawa permohonan bagi bantuan atau program tersebut belum dibuka dan dijadualkan untuk dibuka dalam masa terdekat.
Status “Akan Datang” akan dikemas kini kepada “Permohonan Dibuka” sebaik sahaja permohonan bagi bantuan atau program tersebut dibuka secara rasmi.
Status “Sepanjang Tahun” menunjukkan bahawa bantuan atau program tersebut sentiasa tersedia tanpa tarikh tutup permohonan.
Status “Automatik (Tiada Permohonan Diperlukan)” bermaksud penerima yang memenuhi kriteria ditetapkan tidak perlu mengemukakan permohonan khusus bagi mendapatkan manfaat tersebut.
Kelayakan dan kaedah penyaluran adalah tertakluk kepada ketetapan kementerian atau agensi pelaksana.
Status “Ditutup” menunjukkan bahawa tempoh permohonan bagi bantuan atau program tersebut telah tamat dan permohonan tidak lagi diterima buat masa ini.
Sekiranya permohonan dibuka semula, status akan dikemas kini berdasarkan maklumat terkini daripada kementerian atau agensi pelaksana.
Anda boleh mencuba carian di Cari Bantuan menggunakan kata kunci yang lebih umum atau menapis carian mengikut kategori manfaat yang berkaitan.
Sekiranya bantuan yang dicari masih tidak ditemui, maklumat tersebut mungkin belum tersedia atau sedang dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima daripada kementerian dan agensi pelaksana.
Ya. Maklumat mengenai bantuan, insentif, program dan inisiatif di Portal Manfaat dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada kementerian dan agensi pelaksana.
Pengguna digalakkan untuk menyemak tarikh kemas kini pada halaman inisiatif serta merujuk portal rasmi kementerian atau agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini.
Urusan berkaitan kelulusan, status permohonan dan pembayaran adalah di bawah tanggungjawab kementerian atau agensi pelaksana bagi inisiatif berkenaan.
Sila hubungi kementerian atau agensi yang dinyatakan pada halaman bantuan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status permohonan atau pembayaran anda.
Tidak. Portal Manfaat hanya menyediakan maklumat dan membantu pengguna mengenal pasti bantuan, insentif, program dan inisiatif Kerajaan yang berkaitan.
Penentuan kelayakan, kelulusan permohonan dan penyaluran manfaat adalah di bawah tanggungjawab kementerian atau agensi pelaksana yang berkenaan.
Ya, bergantung kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi setiap bantuan, insentif, program atau inisiatif Kerajaan.
Penerimaan satu manfaat tidak semestinya menjejaskan kelayakan untuk menerima manfaat lain, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh kementerian atau agensi pelaksana yang berkenaan.
Anda boleh menyemak bahagian Pengumuman Terkini di Portal Manfaat untuk mendapatkan perkembangan berkaitan bantuan dan inisiatif Kerajaan.
Anda juga digalakkan untuk menyemak halaman inisiatif berkaitan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.
Untuk maklumat terperinci mengenai sesuatu bantuan, sila rujuk halaman inisiatif berkenaan di Portal Manfaat.
Bagi pertanyaan khusus berkaitan permohonan, kelayakan, pembayaran atau keputusan permohonan, sila hubungi kementerian atau agensi pelaksana yang dinyatakan pada halaman tersebut.