Rebat Bil Elektrik RM40
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Program ini dilaksanakan untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. 
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 

 

Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rumah Mesra Rakyat
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025

  • Program Rumah Mesra Rakyat adalah sebuah bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah  bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPNB

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) ialah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, yatim atau yatim piatu, dan yang tidak mempunyai saudara-mara supaya dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara. 

 

  • BAP juga bertujuan meringankan beban keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak pelihara seperti anak sendiri.

 

  • Kadar BAP ditetapkan minimum RM250 sebulan bagi setiap anak dan maksimum RM500 sebulan bagi sebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh LHDNM untuk membantu golongan yang terkesan dengan memenuhi keperluan barangan asas.
  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar
  • Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

Kategori Penerima

Jumlah Kelayakan SARA 2025

Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan

Januari - Mac 2025 

April - Disember 2025

Isi Rumah (STR & eKasih)

RM2,100

RM100

RM200

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)

RM1,650

RM100

RM150

Bujang (STR & eKasih)

RM600

RM50

RM50

Isi Rumah (STR Sahaja)

RM900

-

RM100

Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja)

RM450

-

RM50

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDN atau portal rasmi MyKasih
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025

  • Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam (mySalam) adalah satu inisiatif kerajaan yang disediakan oleh syarikat Great Eastern Takaful di bawah Belanjawan 2025 bagi individu yang layak bertujuan untuk memberi skim perlindungan kesihatan sosial bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

    i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun 

    Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini

    ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur: 

    i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan 

    ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun

    iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun 

     

  • 50 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:

    i. Kanser

    ii. Keadaan berkaitan Jantung

    iii. Otak, Saraf dan Otot

    iv. Mata, Telinga dan Pertuturan

    v. Keadaan berkaitan Hati

    vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang

    vii. Keadaan berkaitan HIV

    viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal

    ix. Penyakit Terminal (membawa maut)

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Khairat Kematian (SKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim bantuan kewangan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan 2025. 
  • Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah sebanyak RM1,000 

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDNM 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

 

  • Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid 

 

  • Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2024 / 2025 bermula pada 13 Januari 2025 untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4. Sesi 2025 / 2026 pula bermula pada 16 Februari 2025 untuk murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1, sementara agihan untuk murid Tingkatan 6 baharu bermula pada 1 Julai 2025.

 

  • Pengagihan BAP dibuat sama ada secara:

    i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau 

    ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau 

    iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

 

Untuk maklumat lanjut, sila kenyataan media KPM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemulihan Komuniti (PDK)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Program Pemulihan Komuniti (PDK) adalah satu program pemulihan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Belanjawan 2025 dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KPWKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan memelihara kebajikan golongan OKU terlantar, pesakit terlantar, atau pesakit kronik, dengan meringankan beban keluarga atau penjaga. Selain itu, ia juga menggalakkan keluarga atau penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang memerlukan.

 

  • Kadar bayaran bagi BPT adalah sebanyak RM500 sebulan bagi setiap penerima.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda