Skim Perlindungan Tenang
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025

  • Skim Perlindungan Tenang adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyediakan produk perlindungan insurans atau takaful yang mudah, murah, dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

 

  • Matlamat utama Skim Perlindungan Tenang adalah untuk meningkatkan tahap perlindungan kewangan kepada golongan yang kurang mampu atau tidak memiliki insurans perlindungan sebelum ini.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MyCoverage
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam kerajaan. 

 

  • RM500 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.

 

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

 

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 
  • Kadar bayaran bagi EPOKU adalah RM450 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • ​Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal. 
  • Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan.
  • Tempoh permohonan bermula dari 27 Februari 2025 hingga 31 Mei 2025.
  • Program pembangunan kepimpinan wanita yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan bidang keutamaan berikut: 
    • Kepimpinan 
    • Politik 
    • Ekonomi 
    • Sosial 
    • Teknologi 
    • Perundangan 
    • Keselamatan 
    • Kesejahteraan 
    • Pendidikan 
    • Kesihatan

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi iWANITA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perubatan MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Skim Perubatan MADANI bagi golongan B40 untuk mendapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan dengan mengurangkan kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan randah
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim  Perubatan MADANI

 

  • Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:

    i. Demam dan Selsema

    ii. Cirit Birit dan Muntah

    iii. Terseliuh

    iv. Sakit Kepala

    v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

     

  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:

    i. Imunisasi / Vaksin 

    ii. Rutin Saringan Kesihatan 

    iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 

    iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala) 

    v. Perancangan Keluarga 

    vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja) 

    vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor 

    viii. Permintaan Suplementasi

     

  • Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut: 

    Jenis Rawatan 

    Had (RM) 

    • Jumlah had konsultasi & ubat-ubatan; atau 
    • Had konsultasi  
    • RM70

    • RM35

    • Had ujian 
    • RM50

    • Had prosedur rawatan
    • RM50

    Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan
    • RM170

  • Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.

     

Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja ekonomi gig, usahawan kecil, dan mereka yang bekerja sendiri, untuk memiliki rumah pertama mereka. 

  • Melalui SJKP, pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan perumahan sehingga 100% daripada harga hartanah, dengan had maksimum RM500,000

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh -i

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

 

Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

 

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Am (BA) Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025

  • Bantuan Am (BA) Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
  • Kadar bayaran bagi BA adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu. 

    ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025

  • Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah satu program khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran / buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan
  • Pihak Kerajaan melalui KPDN telah memperkenalkan Jualan RAHMAH MADANI secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai di segenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 25/05/2025

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk warga emas.

 

  • PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

 

  • Tujuan utama PAWE adalah untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dengan memberi mereka ruang untuk berinteraksi, beraktiviti, serta mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang. 

 

  • PAWE menawarkan program seperti aktiviti fizikal, seni, kraf tangan, serta sesi sosial yang membolehkan warga emas berhubung dengan sesama mereka, selain menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. 

 

  • Pusat ini turut menjadi tempat yang penting untuk memastikan warga emas tidak merasa kesepian dan dapat terus menjalani kehidupan yang bermakna.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PAWE
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup. 

  • Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda