Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/08/2025

  • Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

  • Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2025.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Fasa

Kaedah Pembayaran

Jenis Penerima

Tarikh Pembayaran 

Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)
Fasa 2Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
Penerima Baharu Rayuan Mulai 03 April 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Fasa 3Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 12 ogos 2025 secara berperingkat
Penerima Baharu Rayuan Mulai 12 ogos 2025 secara berperingkat
Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025
Tiada Akaun Bank (Pendalaman Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025
Fasa 4Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Sayang
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Program i-Sayang ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami; dan 
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tabung Bencana Pertanian (TBP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Tabung Bencana Pertanian (TBP) adalah sebuah program yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan kewangan kepada petani, penternak, dan nelayan yang mengalami kerugian akibat bencana alam. 
  • Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas dengan mengimbangi semula kerugian yang dialami, terutamanya dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan. 
  • Melalui tabung ini, mereka yang terlibat boleh memohon bantuan bagi tujuan pembaikan infrastruktur, pembelian peralatan, atau bantuan untuk mengurangkan kerugian akibat kemusnahan hasil atau ternakan disebabkan oleh bencana seperti banjir, kebakaran, ribut, atau lain-lain kejadian yang tidak dijangka.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan rawatan pesakit kanser
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Pengukuhan rawatan pesakit kanser dengan rawatan terapi sasaran (Targeted Therapy) di hospital-hospital KKM
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Peluasan rawatan Dialisis Peritoneal
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan rawatan Diabetis Mellitus
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Rawatan Diabetis Mellitus menggunakan SGLT-2i di hospital dan klinik kesihatan KKM di seluruh negara
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan Rumah Mampu Milik
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Pembangunan Rumah Mampu Milik bagi rakyat di atas tanah-tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh melalui pajakan tanah terbiar untuk diusahakan semula dan keuntungan akan dibahagikan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan sangat penting, terutamanya bagi warga emas yang tinggal sendirian dan tidak mempunyai akses kepada pengangkutan sendiri. 
  • Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesulitan dari segi mobiliti, tetapi juga menyokong warga emas dalam mengekalkan kesihatan mereka dengan memastikan mereka dapat menjalani rawatan secara berkala.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda