Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:
i. Demam dan Selsema
ii. Cirit Birit dan Muntah
iii. Terseliuh
iv. Sakit Kepala
v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
i. Imunisasi / Vaksin
ii. Rutin Saringan Kesihatan
iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
v. Perancangan Keluarga
vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
viii. Permintaan Suplementasi
Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
Jenis Rawatan | Had (RM) |
|
|
|
|
|
|
Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan |
|
Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.
Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
ii. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK
iii. Mereka yang layak WAJIB membuat pengistiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain
Nota: Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta semasa lawatan untuk mendapatkan rawatan, atau Mesej / SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan dijalankan.
Terakhir dikemas kini pada 06/01/2025
Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:
i. Saringan Kesihatan PERCUMA
ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000
iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Tiada permohonan diperlukan.
ii. Kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas
Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di laman rasmi PeKa 40
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim