- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
- Kadar bayaran bagi EPOKU adalah RM450 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia; ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan; iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM; iv. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber); ATAU vi. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
- Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila klik di sini untuk ke laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran daripada majikan; atau
- Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
|
- Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran OKU
|