Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah sebuah bantuan khusus di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

 

  • Setiap murid yang menerima manfaat ini juga dibekalkan dengan sekotak susu sebagai diet tambahan. 

 

  • Bekalan makanan bagi program RMT diberikan kepada penerima RMT pada setiap hari persekolahan dengan jumlah hari maksima sebanyak 190 hari setahun. 

 

  • Menu RMT ditetapkan oleh KPM dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak sekolah boleh memilih menu RMT daripada 20 menu yang ditetapkan. Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu sebelum ini.

 

  • Kadar:

    i. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid / hari

    ii. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid / hari

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KPM atau Buku Panduan RMT

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

 

  • Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid 

 

  • Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2024 / 2025 bermula pada 13 Januari 2025 untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4. Sesi 2025 / 2026 pula bermula pada 16 Februari 2025 untuk murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1, sementara agihan untuk murid Tingkatan 6 baharu bermula pada 1 Julai 2025.

 

  • Pengagihan BAP dibuat sama ada secara:

    i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau 

    ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau 

    iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

 

Untuk maklumat lanjut, sila kenyataan media KPM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda