Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum);
ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan;
iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan;
iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap;
v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad (Biru).
ii. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
iii. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
iv. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat
Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran. |
i. Salinan MyKad ii. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen iii. Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat iv. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut v. Gambar pemohon vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu) |
i. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut. ii. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank. |
Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan merupakan inisiatif oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan akibat kenaikan harga minyak di pasaran. Subsidi diesel dan petrol bagi nelayan kelas tertentu diberikan pada kadar RM1.65 seliter dengan kuota sebanyak 840 juta liter setahun, bertujuan untuk meringankan beban mereka
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki Mykad (Biru),
ii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau
iii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Pemilik Vesel Individu / Syarikat diwajibkan berdaftar dengan LKIM di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) melalui eNelayan Management System dengan mengemukakan dokumen seperti:
i. Salinan MyKad pemilik Vesel
ii. Gambar pemohon
iii. Gambar Vesel
iv. Salinan Lesen Vesel dan perkakasan yang masih sah tempoh
v. Salinan Sijil Pemeriksaan Vesel
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk senarai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengikut negeri
Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak
kategori penerima:
i. Pemilik vesel perikanan Zon A
ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat
iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
iii. Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
iv. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
v. Status pengambilan minyak yang aktif; dan
vi. bagi pekerja (awak-awak) didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu atau syarikat
Sila klik di sini untuk permohonan melalui modul FIP sistem ePengisytiharan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi;
Borang permohonan yang lengkap diisi;
Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja;
Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa;
Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik;
Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa;
Salinan buku akaun simpanan (Agrobank / BSN / CIMB / Maybank);
Gambar pemohon berukuran passport (terkini); dan
Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem ePengisytiharan
Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan:
i. Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
ii. Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem ePengisytiharan
iii. Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan
Kaedah Pembayaran:
Melalui Bank | Secara Tunai |
|
|