i-Sayang
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Program i-Sayang ialah insentif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami; dan 
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
Caruman
  • RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
  • Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.
Perlindungan
  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. 
  • SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran
  • Faedah perlindungan bencana domestik:
Faedah Perubatan
  • Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Pencen Penakat
  • ika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.
  • Faedah perlindungan keilatan:
Elaun Keuzuran
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menghidap keilatan dengan pengesyoran penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Suri rumah dianggap menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan, sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangga. 
  • Pemberian elaun ini akan berakhir setelah keilatan yang dialami suri rumah terhenti, mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Program i-Suri merupakan satu insentif di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025. Program ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
  • i-Suri ialah skim caruman sukarela yang ditawarkan kepada wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas sehingga maksimum RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
  • Caruman i-Suri akan diagihkan seperti berikut: 

    Jumlah Caruman

    Akaun KWSP

    75%

    Akaun Persaraan

    15%

    Akaun Sejahtera

    10%

    Akaun Fleksibel

  • Faedah caruman i-Suri:

Faedah

Perkara

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda