Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Pendapatan bulanan minimum RM100 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain); atau
v. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.