Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Individu | Pemain Industri | Rakan Latihan dan Penyampaian |
|
|
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Program Pemerkasaan TVET Tahfiz kepada anak Bumiputera dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz profesional berkemahiran, antaranya:
i. Sasaran 10,000 pelajar TVET Tahfiz dilatih oleh GIATMARA dalam tempoh lima (5) tahun bagi yang tiada kelayakan SPM
ii. Program Tahfiz TVET bagi pelajar tahfiz lepasan SPM mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan
Kemasukan pelajar tanpa SPM, wajib mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana:
i. IKM Jasin, Melaka (Diploma Teknologi Automatif Komersial)
ii. IKM Besut, Terengganu (Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara)
iii. IKM Lumut, Perak (Diploma Kompetensi Kimpalan)
Kemasukan pelajar dengan SPM, tidak wajib mengikuti program Bridging selama 3 tahun sebelum mengikuti Program Perdana:
i. KKTM Ledang, Johor
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi TVET MARA
Syarat Kelayakan:
i. Berumur 17 hingga 45 tahun
ii. Berminat dalam bidang teknikal
iii. Sihat tubuh badan
iv. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk
Nota: Keutamaan diberikan kepada pelajar pusat tahfiz yang tiada kelayakan SPM
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman rasmi TVET MARA
Terakhir dikemas kini pada 13/03/2025
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tujuan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Jenis Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan Pembiayaan |
|
Kadar Faedah / Keuntungan |
|
Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
ii. Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
iii. Kategori berpendapatan tetap
iv. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
v. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
vi. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
vii. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
viii. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
Dokumen yang diperlukan:
i. Kediaman / Rumah
Perjanjian asal Jual Beli / borang tempahan / resit bayaran muka kediaman / rumah
ii. Pendapatan
Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
Cukai Pendapatan / Penyata KWSP Terkini
Surat pengesahan pekerjaan
iii. Dokumen Sokongan Lain
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Surat Pengesahan (jika ada)
Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
i. No. Mykad
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Nama Bank No. Akaun Bank
iv. Alamat e-mel
Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
i. Nombor Pendaftaran Kenderaan
ii. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
iii. Jenama / Model Kenderaan
iv. Kelas Kegunaan Kenderaan
Terakhir dikemas kini pada 11/06/2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan 2025 untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Pembayaran STR adalah seperti berikut:
Fasa | Kaedah Pembayaran | Jenis Penerima | Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 | Ada Akaun Bank | Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat. | |
Tiada Akaun Bank | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025 | ||
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak) | |||
Fasa 2 | Ada Akaun Bank | Penerima Sedia Ada | Mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat. |
Penerima Baharu Rayuan | Mulai 03 April 2025 secara berperingkat. | ||
Tiada Akaun Bank | Penerima Sedia Ada | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025 | |
Penerima Baharu Rayuan | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025 | ||
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak) | Penerima Sedia Ada | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025 | |
Penerima Baharu Rayuan | Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025 | ||
Fasa 3 | Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa | ||
Fasa 4 | Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
|
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Pendapatan | Kadar STR 2024 | |||
Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 - 4 | Anak 1 - 2 | Anak 0 |
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 - RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
≤ RM5,000 | RM600 | |||
Bujang | ||||
≤ RM2,500 | RM600 |
Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | ||
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR 2025 |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM900 (RM100 sebulan mulai April 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM450 (RM50 sebulan mulai April 2025) |
Bujang (21-59 tahun) | RM600 (RM50 sebulan mulai Januari 2025) |
Permohonan baharu STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Sila klik di sini untuk memuat turun borang BK-01 untuk permohonan STR 2025
ii. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini untuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2025
Kemas kini STR 2025 boleh dikemukakan melalui:
i. Sila klik di sini untuk memuat turun borang BK-02 untuk kemaskini STR 2025
ii. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini untuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat kemaskini STR 2025
Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR; atau Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA |
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu | Jenis Dokumen |
---|---|
Pemohon |
|
Pasangan |
|
Anak |
|
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP
Syarat Kelayakan Suami:
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Syarat Kelayakan Isteri:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Contoh pengiraan:
i. Upah suami: RM2000.00
ii. Kadar berkanun syer pekerja: 11%
iii. Amaun caruman syer pekerja: RM220.00 (RM2,000 x 11%)
iv. Amaun pindahan ialah: RM 40.00
KWSP i-Akaun | Suami boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang. |
Self Service Terminal (SST) | Sediakan MyKad untuk pendaftaran i-Sayang di mana-mana SST. |
Pejabat KWSP | Kunjungi pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. |
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook JKM
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Catatan:
i. Tempoh perlindungan adalah untuk satu musim (6 bulan). Peserta-peserta perlu memperbaharui perlindungan setiap musim.
ii. Jumlah perlindungan yang dibayar bergantung kepada fasa penanaman kerosakan berlaku iaitu fasa vegetatif, fasa reproduktif, dan fasa masak 50% (RM1,500.00), 75% (RM2,250.00), dan 100% (RM3,000.00) setiap hektar.
iii. Tuntutan perlindungan akibat perosak tanaman dan penyakit adalah terhad kepada RM1,500 setiap hektar untuk satu musim. Sila rujuk sijil Skim untuk senarai perosak tanaman dan penyakit.
Jenis | Amaun |
Yuran Wakalah |
|
Duti Setem |
|
Cukai Perkhidmatan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Agrobank
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 01/03/2025
Program Subsidi Ujian Mamogram adalah sebuah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu golongan wanita yang berkelayakan untuk meneliti kesihatan payudara serta mengesan ketulan payudara di peringkat awal yang mendorong kepada kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang berumur 35 - 70 tahun dengan pendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah sebulan (Subsidi Penuh)
ii. RM10,000.00 ke atas sebulan (Subsidi RM50.00) dan menepati kriteria berikut iaitu:
Nota: Wanita berumur 35-39 tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim