Daya Kerjaya 3.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 08/08/2025

  • Program Daya Kerjaya 3.0 ialah skim insentif di bawah Belanjawan 2025 bagi menggalakkan majikan sektor swasta, GLC dan GLIC mengambil pekerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan bekas banduan. 
  • Majikan yang mengambil pekerja baharu dari kumpulan ini akan menerima RM600 sebulan selama tiga bulan. Program ini meliputi pengambilan pekerja mulai 1 Disember 2024 dengan tempoh permohonan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

 

Nota: Pelaksanaan adalah tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini Kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sila klik di sini atau klik di sini untuk ketahui cara memohon Program Daya Kerjaya 3.0 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS Madani)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • ​​Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS MADANI) merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan pembiayaan caruman 100% bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Inisiatif ini bertujuan melindungi individu yang bekerja sendiri dengan menawarkan perlindungan sosial secara percuma selama 12 bulan. 
  • Di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80), kerajaan membiayai sepenuhnya (100%) caruman tersebut kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang tergolong dalam kumpulan sasar yang ditetapkan
  • Kumpulan Sasaran:
SPS Sukarelawan 3.0
  • Anggota Tentera
  • Polis Simpanan
  • Pertahanan Awam Malaysia
  • Maritim
  • Bomba
  • RELA
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 3.0
  • Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam Masjid
  • Surau di bawah JAKIM / Negeri
SPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti 3.0
  • Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(100 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM232.80

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Madani adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda